mattzzx Publish time 10-3-2024 11:48 AM

Ten Hag kagum aksi Garnacho

https://assets.bharian.com.my/images/articles/gadfagwnrjgni4_1710041744.jpg
Alejandro Garnacho (tengah) mencetus kemenangan 2-0 Manchester United ke atas Everton apabila gerakannya menghadiahkan dua sepakan penalti di Old Trafford. - Foto REUTERS

MANCHESTER: Alejandro Garnacho mencetus kemenangan 2-0 Manchester United ke atas Everton apabila gerakannya menghadiahkan dua sepakan penalti di Old Trafford.

Pemain sayap 19 tahun United itu memulakan permainan sejak akhir Oktober, dan menjadi harapan pengendali, Erik ten Hag berdasarkan aksi konsisten melangkaui usianya.

"Dia menunjukkan peningkatan sangat baik dan kami amat gembira dengannya. Sumbangannya hari ini sangat besar, lariannya, gelecekannya. Ia juga menarik untuk penonton, jelas kami mahu mempamerkan sesuatu. Saya rasa kami berhak dengan penalti-penalti itu," kata Ten Hag.

Kapten Bruno Fernandes dan Marcus Rashford menyempurnakan kedua-dua sepakan penalti untuk mengekalkan harapan United memburu tempat dalam kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris.



United kini masih di tangga keenam liga, lapan mata di belakang Aston Villa yang menghuni tangga keempat.

Garnacho, pemain muda Argentina yang akan menyambut ulang tahun kelahirannya pada Julai, mengumpul lima gol liga musim ini, termasuk jaringan menarik ketika bertandang ke Everton. - REUTERS

https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2024/03/1221713/ten-hag-kagum-aksi-garnacho
Pages: [1]
View full version: Ten Hag kagum aksi Garnacho


ADVERTISEMENT