mattzzx Publish time 10-3-2024 11:28 AM

Inter makin selesa di puncak Serie A

https://assets.bharian.com.my/images/articles/biaxkfajgi24sd_1710034791.jpg
Pemain Inter Milan, Yann Bisseck menjaringkan gol tunggal permainan ketika aksi Serie A menentang Bologna di Stadio Renato Dall'Ara, Bologna. - Foto REUTERS



BOLOGNA: Pendahulu Serie A, Inter Milan meneruskan penguasaan dengan kemenangan 1-0 ke atas Bologna hasil jaringan Yann Bisseck.

Inter kini mengumpul 75 mata dan melebarkan jurang kepada 18 mata ke atas Juventus di tangga kedua, yang akan melayan kunjungan Atalanta malam ini. Bologna di tangga keempat pada 51 mata selepas 28 perlawanan.

Skuad Inter kendalian Simone Inzaghi memenangi kesemua 13 perlawanan tahun ini dan hanya tewas sekali dalam aksi liga sepanjang musim.

Gergasi Itali itu memecah kebuntuan pada minit ke-37 menerusi tandukan Bisseck hasil hantaran lintang Alessandro Bastoni.



"Kami mengekalkan jurang dengan pasukan di belakang. Kami berhak mendahului permainan di babak pertama, kemudian Bologna membuktikan mengapa mereka berada di posisi sekarang," kata Inzaghi.

Bologna, yang menang enam perlawanan Serie A berturut-turut sebelum itu, menguasai babak kedua namun gagal menemui sasaran.

Joshua Zirkzee hampir menyamakan kedudukan namun penjaga gol Inter, Yann Sommer menafikan percubaannya.

Pengendali Bologna, Thiago Motta memuji persembahan anak buahnya.

"Saya tidak tahu jika ia mentaliti kemenangan atau apa, tetapi saya rasa kami mampu bersaing dengan sesiapa sahaja.

"Tahniah kepada Inter, kerana bermain seperti yang mereka mahukan, mereka terpaksa bermain begitu untuk menang," kata Motta.

Inter akan bertandang ke laman Atletico Madrid untuk aksi timbal balik pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara Eropah pada Rabu. - REUTERS
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2024/03/1221679/inter-makin-selesa-di-puncak-serie
Pages: [1]
View full version: Inter makin selesa di puncak Serie A


ADVERTISEMENT