mattzzx Publish time 10-3-2024 11:19 AM

EPL: Van Dijk sedia rantai Haaland

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/03/Liverpool-7.jpg
VAN DIJK (kiri) bertekad untuk menutup segala ruang buat Haaland menjelang aksi getir di Anfield malam ini. – AFP

LIVERPOOL – Bintang pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk tidak rela menjadi mangsa buli kepada penyerang Manchester City, Erling Haa­land ketika ke­dua-dua pasukan membuat perhitungan pada aksi Liga Perdana Ingge­ris (EPL) di Anfield malam ini.

Walaupun sedar kualiti yang ada pada Haaland, namun pemain dari Belanda berkenaan nekad untuk memberikan masalah sama rata kepada lawannya itu.

“Sudah pasti saya sudah pun menghadirkan masalah kepada­nya dan saya juga berdepan kesukaran ketika cuba menyekatnya. Inilah hakikatnya dan persete­ruan akan kekal menjadi sukar pada perlawanan kali ini.

“Seperti saya katakan, saya tidak sabar untuk menghadapi perlawanan ini,” katanya.

Pemenang perlawanan ini akan mengesahkan kedudukan nombor satu EPL memandang­kan kedua-dua pasukan kini hanya dipisahkan satu mata yang menyaksikan The Reds memiliki kelebihan apabila mengumpul 63 mata.

Walaupun kedua-dua pasukan sama kuat pada pertemuan terakhir di Etihad, namun Liverpool memiliki rekod lebih baik di Anfield apabila menewaskan The Citizens 1-0 pada pertemuan terakhir di gelanggang sendiri pada Oktober 2022.

Sementara itu, pengurus Liverpool, Jurgen Klopp me­negaskan, pertahanan mudanya, Jarell Quansah sudah cukup matang untuk memainkan peranan penting terutamanya selepas pasukan dihimpit isu kecederaan termasuk masalah otot dialami Ibrahima Konate.

Klopp melabel Quansah me­miliki pakej yang mampu menghadirkan keterujaan buat pasukan dan kini berada dalam keadaan bersedia untuk memainkan peranan penting pada aksi bertemu City.

Ketika ini, Klopp juga gembira dengan prestasi Quansah dan menganggap bintang mudanya itu memiliki pengaruh positif ­untuk menjulang pasukan me­raih keputusan baik.

“Perkembangannya cukup bagus dan saya rasa tidak ramai ada yang mengatakan dia (Quansah) adalah pemain yang akan galas tanggungjawab ini. Kami semua tahu bakat dan kekuatan terutamanya ketika mengawal bola.

“Tetapi sekarang kita akan lihat bagaimana dia mengatasi kesukaran ketika bertemu pe­nyerang berkualiti.

“Kami mahu berikan peluang, jadi inilah masanya untuk dia buktikan sesuatu,” jelas Klopp. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/03/10/epl-van-dijk-sedia-rantai-haaland/
Pages: [1]
View full version: EPL: Van Dijk sedia rantai Haaland


ADVERTISEMENT