sfhzuraz Publish time 10-3-2024 12:16 AM

MAH sedia bantu jayakan TMP 2024/2025

MAH sedia bantu jayakan TMP 2024/2025


Oleh Hamzah Osman - Mac 9, 2024 @ 12:07pm bhnews@bh.com.my



https://assets.bharian.com.my/images/articles/BH9MAH_1709957806.jpg
Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Kedah dan Perlis, Eugene Dass (dua, kiri) mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan MAH Kedah dan Perlis 2024 di Langkawi, hari ini. NSTP/Hamzah Osman



LANGKAWI: Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Kedah dan Perlis komited dan sedia bekerjasama dengan kerajaan negeri Perlis dalam usaha memastikan Tahun Melawat Perlis (TMP) 2024/2025 mencapai sasaran ditetapkan.
Pengerusinya, Eugene Dass, berkata pendekatan itu diyakini dapat membantu kelangsungan hidup industri pelancongan pasca COVID-19 negeri itu, sekali gus menjana ekonomi penduduk.
"MAH telah mengadakan perbincangan awal dengan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli dan Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Perlis berkaitan perkara ini (TMP 2024/2025), baru-baru ini.
"Menteri Besar (Perlis) ada menyatakan hasrat mahu melihat kualiti perkhidmatan hotel di negeri itu ditingkatkan," katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Agung Tahunan MAH Kedah dan Perlis 2024 di sini, hari ini.
Eugene berkata, pihaknya juga bersetuju dengan cadangan Menteri Besar Perlis supaya hotel di negeri itu menjadi ahli dan bernaung di bawah MAH bagi memudahkan urusan membantu menambah baik perkhidmatan.
"Setakat ini keahlian MAH untuk Perlis telah meningkat kepada lapan, berbanding empat sebelum ini dan ini menunjukkan petanda positif dalam usaha menyediakan perkhidmatan hotel lebih berkualiti.
"Dalam hal ini, kami sedang giat berusaha bersama Universiti Utara Malaysia untuk mengadakan kursus percuma kepada pengamal hospitaliti di negeri itu dalam tempoh terdekat," katanya.
Sehingga kini, keseluruhannya sebanyak 58 hotel bertaraf tiga bintang ke atas bernaung di bawah MAH Kedah dan Perlis.
Yang turut hadir, Naib Presiden MAH Kebangsaan, Datuk Khoo Boo Lim; Ketua Pegawai Eksekutif MAH Kebangsaan, Issac Raj dan Timbalan Pengerusi MAH Kedah dan Perlis, Effendi Ramley.
MAH sedia bantu jayakan TMP 2024/2025 (bharian.com.my)





Pages: [1]
View full version: MAH sedia bantu jayakan TMP 2024/2025


ADVERTISEMENT