mattzzx Publish time 9-3-2024 04:32 PM

KBS cadang bina velodrom terbuka

https://assets.bharian.com.my/images/articles/hano_1709970393.jpg
Hannah (tiga dari kanan) bergambar bersama peserta Program Senamrobik Komuniti di Cheras. - Foto KBS

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sudah memulakan perbincangan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk meneliti kawasan sesuai bagi pembinaan velodrom terbuka bagi kegunaan awam.

Menterinya, Hannah Yeoh berkata, velodrom berkenaan dicadang dibina secara asas serta kurang kos penyelenggaraan selepas mendapat pandangan daripada jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang dan Pengarah Teknikal skuad berbasikal negara, John Beasley.

"John Beasley mencadangkan di kawasan Lembah Klang khasnya. Kita ada komuniti berbasikal tetapi mereka tak ada velodrom yang dekat di sini (Kuala Lumpur). Mereka cadangkan bahawa buat velodrom terbuka... yang asas dan kurang penyelenggaraan.

"Kalau kita buat 'indoor'... perlukan penyaman udara dan semua itu (infrastruktur yang lain) maka kos akan naik," kata Hannah kepada media selepas melancarkan Program Senamrobik Komuniti Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2024 di Dataran Perumahan Awam Seri Selangor, Cheras, hari ini.



Baru-baru ini, Hannah berkesempatan mengunjungi fasiliti latihan Azizulhasni di Melbourne dan turut dibawa pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu melawat velodrom asas di sana iaitu Velodrom Brunswick.

"Beliau menunjukkan saya velodrom asas di Australia dan ia dibina di bawah pencawang. Jadi saya akan melihat lokasi sesuai dan saya sudah mulakan perbincangan dengan DBKL untuk meneliti kawasan mana yang sesuai untuk buat satu velodrom asas buat mereka (komuniti berbasikal)," kata Hannah.

Azizulhasni dalam hantaran di media sosialnya baru-baru ini berterima kasih kepada Hannah yang mengunjunginya di Pusat Sukan Antarabangsa Darebin (DISC) yang siap dibina pada 2004 dan menjadi pusat latihan bagi atlet berbasikal trek di sana untuk Sukan Komanwel Melbourne 2006.

Selain itu, Hannah turut dibawa berkunjung ke Velodrom Brunswick - velodrom asas yang dibina pada 1956 dan menjadi fasiliti pelbagai guna orang awam untuk melakukan pelbagai aktiviti.
https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2024/03/1221471/kbs-cadang-bina-velodrom-terbuka
Pages: [1]
View full version: KBS cadang bina velodrom terbuka


ADVERTISEMENT