mattzzx Publish time 9-3-2024 04:31 PM

Sukhrob Nurulloev perkuat sayap Sang Kenari

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/rob09_1709969571.jpg
NURULLOEV (dua dari kanan) tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas disambut oleh pihak pengurusan dan jurulatih KDA FC Nafuzi Zain. -FOTO KDA FC

Alor Setar : Pemain sayap dari Uzbekistan, Sukhrob Nurulloev menjadi pemain import pertama yang diumum skuad Kedah Darul Aman FC (KDA FC) bagi menghadapi cabaran dan saingan Liga Malaysia (Liga M) pada musim 2024/2025 ini.

Kehadiran Sukhob Nurulloev yang diumumkan media rasmi Sang Kenari sebentar tadi itu adalah bekas pemain Nasaf FC berusia 26 tahun.

Dia diyakini mampu memperkuatkan jentera sayap serangan KDA FC yang sebelum ini menjadi posisi utama pemain sayap kanan iaitu Manuel Hidalgo sepanjang musim 2023 lalu.

"Selamat datang buat Sukhrob Nurulloev ke bumi Jelapang Padi, Kedah Darul Aman. Pemain berumur 26 tahun berasal dari Quraqol, Uzbekistan ini diikat selama setahun bagi mengisi bahagian serangan sayap pasukan KDA FC musim ini.



"Beliau mampu beraksi sama ada sayap kanan dan kiri, dan ini memberi sedikit kelebihan dalam percaturan taktikal perlawanan yang akan dilakukan oleh jurulatih, Nafuzi Zain.

"Dia pernah beraksi bersama skuad muda bawah 20 dan 23 tahun Uzbekistan dan kelab asalnya sebelum ini adalah adalah Nasaf FC," katanya.

https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2024/03/1068394/sukhrob-nurulloev-perkuat-sayap-sang-kenari
Pages: [1]
View full version: Sukhrob Nurulloev perkuat sayap Sang Kenari


ADVERTISEMENT