mattzzx Publish time 9-3-2024 04:29 PM

Luqie barisi kesebelasan utama

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/luqie10220_1709972392.jpg
LUQMAN (depan, dua kanan) membarisi kesebelasan utama Yokohama SCC. FOTO YOKOHAMA SCC

Kuala Lumpur: Pemain muda negara Luqman Hakim Shamsudin terus mencipta sensasi di bumi Jepun apabila disenaraikan dalam kesebelasan utama pada aksi sulungnya di saingan Liga Jepun Tiga (J3).

Tempoh 56 minit dinikmati Luqman Hakim dilihat cukup berharga untuk dirinya yang baharu sahaja menyertai kelab Yokohama SCC.

Pada aksi di Stadium Matsumoto sebentar tadi, Luqman Hakim menunjukkan prestasi memuaskan ketika membantu pasukannya mencuri satu mata di laman lawan dengan keputusan 1-1 ke atas Matsumoto FC pada perlawanan ketiga liga itu.

Pemain berusia 22 tahun itu bukan hanya tampil sebagai pelengkap pasukan namun lebih kepada mengetuai jentera serangan bersama Jorn Pedersen dalam usaha menembusi benteng pertahanan tuan rumah.



Begitupun Matsumoto lebih banyak menguasai permainan dan mencipta peluang manakala Yokohama hanya mengharapkan serangan balas pantas.

Kedudukan 0-0 kekal sehingga berakhir babak pertama meskipun kedua-dua pasukan berpeluang mencipta gol.

Bersambung babak kedua, pasukan diwakili Luqman Hakim bermula garang dengan membuka tirai jaringan pada minit ke-49 menerusi ledakan Ryotaro Yamamoto sekali gus mendiamkan sebentar sorakan penyokong tuan rumah yang memenuhi segenap tempat duduk stadium.

Luqman Hakim bagaimanapun dikeluarkan pada minit ke-56 dengan digantikan oleh Ryohei Wakizaka.

Sebaik sahaja Luqman Hakim dikeluarkan, barisan pertahanan Yokohama dipaksa bekerja keras apabila diasak bertali arus oleh jentera serangan tuan rumah.

Usaha tuan rumah mencari gol penyamaan diperolehi pada minit ke-79 selepas Hayato Asakawa menyempurnakan sepakan penalti untuk memastikan sekurang-kurangnya Matsumoto mampu meraih satu mata.

Keputusan itu menyaksikan Matsumoto berada di tangga keenam liga J3 manakala Yokohama di kedudukan ke-15 dan masih kemarau kemenangan.

Sebelum itu, Luqman Hakim melakukan penampilan pertama di bumi Jepun selepas diturunkan pada aksi Piala Levain yang menyaksikan kemenangan tipis 1-0 dilakar pasukannya.
https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2024/03/1068418/luqie-barisi-kesebelasan-utama
Pages: [1]
View full version: Luqie barisi kesebelasan utama


ADVERTISEMENT