mattzzx Publish time 9-3-2024 04:12 PM

MPAJ lulus 894 tapak bazar Ramadan

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/03bazar02_1709971405.jpg
GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO NSTP

Ampang Jaya: Sebanyak 894 tapak bazar Ramadan di bawah seliaan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan dibuka bermula 12 Mac depan.

Yang Dipertua (YDP) MPAJ Dr Ani Ahmad berkata, daripada jumlah itu, 232 tapak akan tapak bazar Ramadan akan dibuka di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Pandan Indah, 279 di Hulu Kelang, 180 di Lembah Jaya dan 203 lagi di Bukit Antarabangsa.

Menurut Ani, kelulusan tapak dan lesen diberi berdasarkan permohonan yang dibuat oleh peniaga sejak tahun lalu.

"Di Dun Pandan Indah ada tiga lokasi utama bazar Ramadan akan dibuka iaitu 114 di Padang Perbandaran MPAJ, Pandan Indah; 80 di Kompleks Muhibbah Taman Nirwana dan 38 di tempat letak kereta (TLK) Jalan Pandan 3, Pandan Jaya.



"Sementara bazar Ramadan Hulu Kelang terletak di 128 tapak dekat TLK Jalan Melawati 1A,50 di Taman Melawati; 50 di Jalan AU1D, Keramat Permai; 23 di Jalan AU2, Keramat ; Jalan AU5, 23 di Keramat (TLK harapan medan selera); 20 di Jalan E1 Taman Melawati dan lapan di

Taman Permata.

"Bazar Ramadan Dun Lembah Jaya pula terletak di 110 tapak dekat Taman Sri Bayu dan 70 dekat Bukit Indah.

"Manakala, bazar Ramadan Dun Bukit Antarabangsa di Jalan Ukay Perdana 1,

Ukay Perdana (25 tapak); Bandar Baru Ampang (130);Jalan Wangsa 2,Bukit Antarabangsa (12); Permai Court, Taman Dato' Ahmad Razali (16) dan Pandan Cahaya (20)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas menyempurnakan pelancaran Program Kutipan Kitar Semula Strara dan Bengkel Pengasingan Sisa Kitar Semula dengan kerjasama MPAJ dan Malaysian Recycling Alliance Berhad (MAREA).

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAREA, Roberto Benetello.

Menyedari kemungkinan peningkatan jumlah penghasilan sampah Ramadan nanti, Ani mengingatkan orang ramai sebagai pembeli untuk kekal menjaga kebersihan kawasan setempat.

"Sebaiknya, beli apa yang hendak dibeli dan dimakan saja kerana mesin anaerobic digester (AD) yang ada hanya dapat menampung kapasiti seberat 500 kilogram (KG) saja dalam sehari.

"Lebihan sisa makanan itu akan diproses untuk dijadikan baja kompos dalam bentuk cecair," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/03/1068404/mpaj-lulus-894-tapak-bazar-ramadan
Pages: [1]
View full version: MPAJ lulus 894 tapak bazar Ramadan


ADVERTISEMENT