mattzzx Publish time 9-3-2024 03:58 PM

Harap projek air Perak Pulau Pinang dapat disegerakan

https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/03/09/2567274.jpg
Chow Kon Yeow.Foto fail Bernama


GEORGE TOWN - Pulau Pinang berharap kerajaan Persekutuan dapat menyegerakan pemeteraian Projek Air Perak Pulau Pinang yang ditunggu-tunggu sejak 2011 lagi.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, projek itu perlu dilaksanakan kerana ia bukan saja akan memanfaatkan Pulau Pinang, tetapi juga negeri lain di utara Semenanjung, di samping menjadi Pelan Kontigensi Air Pulau Pinang 2030 untuk meningkatkan bekalan air kepada 602 juta liter sehari.

"Saya percaya pada peringkat ini ada banyak perbincangan teknikal sedang berlaku dan mungkin pihak-pihak berkenaan belum sedia untuk mengumumkan bila projek itu akan dilaksanakan.

"Namun saya minta supaya perjanjian bagi projek itu dapat segera dimeterai, dan dilaksanakan tahun ini juga," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan pembukaan bagi 'Pioneer the Possible- Green Production Forum' di Penang Institute di sini, pada Jumaat.

Kon Yeow berkata, buat masa ini kerajaan negeri masih menunggu perkembangan selanjutnya mengenai projek itu memandangkan Pulau Pinang hanyalah pihak penerima.

"Projek pun bukan berlaku dalam negeri Pinang Pinang kerana kebanyakan dan sebahagian besar melibatkan rundingan dengan kerajaan negeri Perak dan saya percaya ia sedang dilakukan.

"Di peringkat Pulau Pinang kita akan terlibat dengan rundingan komersial seperti harga tarif, berapakah jumlah air yang diperlukan, tempoh kontrak dan sebagainya," katanya.

Pada 3 Januari lepas, Menteri Besar Perak, Saarani Mohamad berkata, Projek Air Perak Pulau Pinang dijangka tidak dapat dilakukan tahun ini kerana perlu menunggu peruntukan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam bagi pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) di daerah Kerian, Perak selain menyelesaikan terlebih dahulu proses berkaitan bekalan air terawat antara kedua-dua negeri.

https://www.sinarharian.com.my/article/653531/edisi/selangor-kl/harap-projek-air-perak-pulau-pinang-dapat-disegerakan
Pages: [1]
View full version: Harap projek air Perak Pulau Pinang dapat disegerakan


ADVERTISEMENT