mattzzx Publish time 9-3-2024 01:20 PM

Reina hampiri rekod Eropah Ronaldo

https://assets.bharian.com.my/images/articles/reianfnqwjt24_1709959881.jpg
Penjaga gol Villarreal, Pepe Reina (kiri) beraksi ketika menentang Marseille dalam pusingan 16 terakhir Liga Europa di Stadium Velodrome, Marseille. - AFP

MARSEILLE: Bekas penjaga gol Liverpool, Pepe Reina semakin hampir untuk mengatasi rekod Cristiano Ronaldo bagi penampilan terbanyak dalam kejohanan Eropah.

Ronaldo beraksi 197 kali di Eropah untuk kelab-kelab Sporting Lisbon, Man United, Real Madrid dan Juventus dari tahun 2002 hingga 2022, sebelum meninggalkan Old Trafford dua tahun lalu.

Sepanjang kariernya di Eropah, Ronaldo mengatasi jumlah penampilan Iker Casillas, Paolo Maldini dan Xavi dalam kelompok lima teratas, dengan seterunya Lionel Messi di tangga keenam dengan 167 penampilan.

Bagaimanapun penjaga gol Villarreal, Reina kini berada di tangga kedua dengan hanya lima penampilan di belakang Ronaldo selepas mengharungi perlawanan ke-192 di Eropah kelmarin.


Reina, 41, memulakan karier profesionalnya pada tahun 1999 bersama Barcelona dan turut bermain untuk Liverpool, Napoli, AC Milan, Lazio, Villarreal, Bayern Munich dan Aston Villa.

Reina melakar beberapa kejayaan di Eropah, memenangi Piala Super UEFA bersama Liverpool pada tahun 2005, serta Piala Intertoto bersama Villarreal pada tahun 2003 dan 2004. - AGENSI

https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2024/03/1221384/reina-hampiri-rekod-eropah-ronaldo
Pages: [1]
View full version: Reina hampiri rekod Eropah Ronaldo


ADVERTISEMENT