mattzzx Publish time 9-3-2024 01:16 PM

Haaland, Arnold bermusuh

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/erling09_1709959684.jpg
HAALAND, Arnold dituntut bukti kemampuan atas padang - FOTO Agensi

London: Pep Guardiola mahu bintang-bintang Manchester City membuktikan kata-kata mereka di Anfield selepas Erling Haaland dan Trent Alexander-Arnold bertikam lidah.

Pertahanan Liverpool, Alexander-Arnold mendakwa kejuaraan lebih bermakna buat mereka berbanding City, dengan Haaland dan Ruben Dias bangkit mempertahankan juara treble itu menjelang pertemuan esok.

Guardiola - yang tidak percaya pemergian Klopp pada musim panas ini akan mempengaruhi keupayaan Liverpool merebut kejuaraan - menegaskan cara terbaik menjawab dakwaan Alexander-Arnold ialah dengan merakam kemenangan di Merseyside.

"Mereka mempertahankan kelab bukan dengan menjawab kepada pemain ini tetapi apa yang dilakukan sejak beberapa tahun lalu di atas padang setiap tiga hari.



"Itu adalah cara terbaik. Saya sangat bangga dengan apa yang sudah kami lakukan dan saya tidak memerlukan itu untuk merasakan pemain-pemain saya sudah berusaha.

"Saya cukup gembira dengan pemain-pemain saya setiap masa. Adakah anda merasakan kami akan bersemangat kerana kata-kata Erling dan Ruben?

"Kami tahu apa yang berlaku sejak beberapa tahun lalu dan kami akan terus cuba melakukannya," kata Guardiola.

Haaland menjawab dakwaan Alexander-Arnold dengan berkata: "Treble adalah perasaan yang indah, saya rasa dia tidak tahu bagaimana perasaannya."
https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2024/03/1068336/haaland-arnold-bermusuh
Pages: [1]
View full version: Haaland, Arnold bermusuh


ADVERTISEMENT