mattzzx Publish time 9-3-2024 01:14 PM

Guru labur wang bonus RM2,000 untuk ceriakan kelas

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/kelasanb1_1709959867.jpg
GAMBAR sebelum kelas diubahsuai. FOTO Ihsan Kamaruddin Mohd Darwin

Kota Tinggi: Demi keselesaan murid, Kamaruddin Mohd Darwin sanggup membelanjakan kesemua wang 'bonus' RM2,000 diterimanya sebagai penjawat awam untuk menceriakan kelas.

Lebih mengagumkan, Kamaruddin, 28, mengambil inisiatif itu walaupun baru dua bulan menjadi pendidik dan ditugaskan mengajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Air Tawar 4, di sini.

Bercerita lanjut, guru subjek Bahasa Melayu, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Seni itu berkata, sebelum dapat wang berkenaan lagi, dia sudah berniat menggunakannya untuk membeli barang bagi projek keceriaan kelas.

"Sebenarnya, saya juga sudah bernazar dan niat infak bagi pihak ibu (Noriah Ahmed) dan kakak (Umi Kalsom Mohd Darwin) yang sudah meninggal dunia.


"Jadi, selepas dapat wang RM2,000 itu, saya terus asingkannya dan tekad salurkan untuk keceriaan kelas kerana melihat keadaan bilik darjah yang perlukan penambahbaikan serta 'mood' baru.

"Alhamdulillah, usaha saya dapat sokongan daripada pihak sekolah dan ibu bapa yang turut beri sumbangan bagi menjayakan projek keceriaan kelas," katanya ketika dihubungi Harian Metro.


https://assets.hmetro.com.my/images/articles/kelasanb2_1709959869.jpg
KAMARUDDIN bersama muridnya. FOTO Ihsan Kamaruddin Mohd Darwin

Menurut Kamaruddin, dia menggunakan waktu cuti sekolah yang ada bagi menyiapkan projek berkenaan.

"Sepatutnya cuti sekolah sebulan namun saya datang dua minggu lebih awal untuk siapkan projek keceriaan kelas sampai awal minggu ini.

"Diharap, murid gembira dan paling penting selesa serta teruja setiap kali datang ke sekolah dengan adanya suasana kelas yang baru.

"Jujurnya, saya puas kerana dapat beri sumbangan sebagai pendidik walaupun baru saja dua bulan bergelar guru dan dipertanggungjawabkan menjadi guru kelas kepada 26 murid.

"Ia bukan usaha saya seorang tetapi juga hasil bantuan ibu bapa, kakitangan pembersihan, guru senior dan pentadbir," katanya yang pernah menjadi pensyarah selama setahun di sebuah kolej swasta dekat Kuala Lumpur.

Berhubung kisahnya yang tular, Kamaruddin berkata, dia ada memuat naik ciapan di X mengenai apa digunakannya dengan wang insentif awal RM2,000 yang diterimanya.

"Ada orang kata untung jadi penjawat awam dapat bonus banyak jadi saya kongsikan apa saya buat dengan duit itu.

"Tak sangka pula ciapan itu dapat perhatian hingga tular namun komen bercampur baur dan banyak yang positif.

"Tapi ada juga kecaman daripada mereka yang mengatakan apa saya buat sekadar 'content' dan untuk nama saja hakikatnya memang untuk murid.

"Lagipun, cikgu lama pun sudah buat dan saya cuma teruskan saja usaha mereka itu," katanya yang mempunyai Diploma Reka Bentuk Grafik dan Ijazah Sarjana Muda dalam Pendidikan Visual (BEVA) lulusan Management and Science University (MSU).


https://assets.hmetro.com.my/images/articles/kelasanb3_1709959872.jpg
GAMBAR selepas kelas diubahsuai. FOTO Ihsan Kamaruddin Mohd Darwin

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/03/1068340/guru-labur-wang-bonus-rm2000-untuk-ceriakan-kelas

Vellfire Publish time 10-3-2024 11:00 AM

wahhh terbaikkk lah cikgu ni.. semangat budak2 masuk kelas {:1_132:}
Pages: [1]
View full version: Guru labur wang bonus RM2,000 untuk ceriakan kelas


ADVERTISEMENT