mattzzx Publish time 9-3-2024 12:00 PM

Arteta gesa Southgate senaraikan Ramsdale dalam skuad England

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/arteta31_1709954922.jpg
MIKEL Arteta. -FOTO AFP

London: Mikel Arteta menggesa Gareth Southgate untuk pencapaian masa lalu Aaron Ramsdale dan mempertimbangkan penjaga gol itu untuk skuad Euro England musim panas ini.

Southgate akan menamakan skuad England untuk dua perlawanan persahabatan menentang Brazil dan Belgium, Khamis ini.

Ia datang ketika Ramsdale direhatkan di bangku simpanan sejak kehilangan tempat kepada David Raya pada September.

Dia akan diturunkan hari ini apabila Raya tidak dapat beraksi menentang kelab induknya Brentford di Emirates.


Arteta berkata: 'Saya tidak tahu bagaimana Gareth berfikir tetapi jika saya meletakkan situasi itu dalam situasi dan perspektif saya dan bagaimana saya membuat keputusan.

"Saya menilai Aaron bukan kerana apa yang dia lakukan dalam satu hari tetapi apa yang dia lakukan dalam dua atau tiga musim lalu dan konsistensi yang dia tunjukkan, kualiti yang dia tunjukkan.

"Ia tidak akan memberi saya alasan untuk membuat keputusan lain."

Mengenai sama ada Ramsdale terlalu emosional di atas padang, dia menambah: 'Seorang pemain harus menjadi dirinya sendiri dan salah satu kualiti terbesar Aaron ialah wataknya dan karismanya, semangatnya, tenaganya.

"Anda tidak boleh mengawalnya. Itulah dia."
https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2024/03/1068307/arteta-gesa-southgate-senaraikan-ramsdale-dalam-skuad-england
Pages: [1]
View full version: Arteta gesa Southgate senaraikan Ramsdale dalam skuad England


ADVERTISEMENT