mattzzx Publish time 9-3-2024 11:43 AM

Kekasih datang tonton konsert punca Taylor Swift ‘skip’ sebaris lirik lagu Fifteen

https://www.mstar.com.my/image/830/553?url=https%3A%2F%2Fapicms.mstar.com.my%2Fuploads%2Fimages%2F2024%2F03%2F08%2F2582115.png
Taylor dan Kelce mula bercinta tahun lepas.

KEHADIRAN teman lelakinya dipercayai menjadi punca Taylor Swift tidak menyanyikan sebaris lirik dalam lagu Fifteen semasa konsert di Singapura, baru-baru ini.

Menerusi video tular di aplikasi TikTok, Taylor atau Taylor Alison Swift, 34, dilihat melangkau lirik 'Well, in your life you'll do things... greater than dating the boy on the football team... I didn't know it at fifteen'

https://apicms.mstar.com.my/uploads/images/2024/03/08/2582116.png

Taylor membuat konsert di Singapura baru-baru ini.

Tindakan Taylor tidak menyanyikan bait lirik berkenaan mengundang tanda tanya dalam kalangan peminat.

Ada yang berpendapat kemungkinan Taylor melakukan perkara itu kerana menghormati kehadiran kekasihnya Travis Kelce yang juga seorang pemain bola sepak Amerika Syarikat.

"Taylor tak nyanyikan lirik itu sebab dia sudah pun bercinta dengan seorang pemain bola sepak.


"Saya ingin tahu kenapa Taylor langkau lirik tersebut," komen netizen

Travis, 34, dilaporkan terbang ke Singapura untuk hadir ke konsert Taylor Eras Tour pada 6 Mac lepas bersama abangnya iaitu Jason Kelce.

Mereka dikhabar mula menjalinkan hubungan pada September tahun lalu selepas Travis dilihat hadir ke Konsert Taylor yang berlangsung di Missouri tahun lalu.

https://www.mstar.com.my/spotlight/bintang-global/2024/03/09/kekasih-datang-tonton-konsert-punca-taylor-swift-skip-sebaris-lirik-lagu-fifteen
Pages: [1]
View full version: Kekasih datang tonton konsert punca Taylor Swift ‘skip’ sebaris lirik lagu Fifteen


ADVERTISEMENT