mattzzx Publish time 9-3-2024 11:29 AM

Mujur tak mati lemas dalam kebun

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/LEAMSADA1_1709946310.jpg
ANGGOTA APM Port Dickson sedang menyelamatkan mangsa seorang warga emas yang terperangkap dalam kebunnya di Kampung Tanah Merah Site C, Chuah, Port Dickson malam tadi. FOTO Ihsan APM Port Dickson

Port Dickson: Seorang lelaki warga emas terpaksa diselamatkan pasukan penyelamat selepas terperangkap dalam banjir kilat di kebunnya di Kampung Tanah Merah Site C di Chuah di sini.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Port Dickson, Kapten (PA) Mohd Azri Abu Hassan berkata, dalam kejadian jam 7.27 malam tadi, pihaknya menerima panggilan kecemasan dari ketua kampung memaklumkan mangsa gagal keluar dari kebunnya akibat banjir.

Menurutnya mangsa, Thean Chu Hong, 63, didakwa panik selepas air naik mendadak ketika dia berada di kebunnya.

"Anggota APM kemudian bergegas ke lokasi dengan membawa peralatan menyelamat bersama kenderaan. Mangsa ditemui dalam keadaan kesejukan dan sedang menunggu bantuan .


"Mangsa berjaya diselamatkan dan dibawa keluar dari lokasi banjir," katanya semalam.

Katanya, dia menasihatkan orang awam berwaspada berikutan beberapa kawasan di Port Dickson kerap berlaku banjir kilat terutama ketika air laut pasang besar serentak dengan hujan lebat," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/03/1068281/mujur-tak-mati-lemas-dalam-kebun
Pages: [1]
View full version: Mujur tak mati lemas dalam kebun


ADVERTISEMENT