mattzzx Publish time 9-3-2024 11:24 AM

Pemandu maut digilis selepas terjatuh dari lori balak

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/crime_1_1709916909.jpg
GAMBAR hiasan

Jerantut : Pemandu lori yang sedang mengikat balak di atas kenderaan itu maut selepas tergelincir dan jatuh, sebelum digilis sebuah jentera berat di KM 26 Jalan Jerantut-Padang Piol, di sini, semalam.

Dalam kejadian 1.30 tengah hari itu, mangsa Saifulnizam Zakaria, 41, beralamat di Kampung Pajoh, Jerangsng, Benta, Lipis disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Azman Mat Kamis berkata, siasatan lanjut mendapati ketika kejadian mangsa sedang mengikat balak di atas atas lori treler jenis Nissan menggunakan rantai besi.

"Bagaimanapun, mangsa tiba-tiba tergelincir dan terjatuh di belakang kenderaan itu.


"Ketika itu, pemandu jentera berat yang sedang menjalankan kerja-kerja mengangkat balak tidak menyedari mangsa berada di belakang jentera berat itu.

"Mangsa tergilis dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan, di sini.

Katanya, kes akan disiasat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/03/1068222/pemandu-maut-digilis-selepas-terjatuh-dari-lori-balak
Pages: [1]
View full version: Pemandu maut digilis selepas terjatuh dari lori balak


ADVERTISEMENT