mattzzx Publish time 9-3-2024 11:21 AM

Beruang matahari musnah kebun kelapa ditangkap Perhilitan

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/03/beruang-matahari-perhilitan-besut.jpeg
Beruang matahari yang berjaya ditangkap Perhilitan di Kampung Padang Tapong, Besut semalam.

BESUT – Seekor beruang matahari betina yang sebelum ini mengganas mencerobohi kebun kelapa penduduk berjaya ditangkap Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di Kampung Padang Tapong di sini semalam.

Haiwan liar seberat 60 kilogram itu berjaya ditangkap setelah lebih seminggu perangkap di pasang Perhilitan.

Pengarah Perhilitan Terengganu, Loo Kean Seong berkata, sebelum ini, pihaknya menerima aduan penduduk tentang kemunculan beruang matahari tersebut pada 28 Februari lalu.

“Beruang matahari betina itu didakwa mencerobohi dan memusnahkan kebun kelapa penduduk.

“Perangkap telah dipasang pada akhir bulan lalu sebelum haiwan buas tersebut memasukinya semalam,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Kean Seong berkata, pemeriksaan mendapati beruang matahari yang ditangkap terbabit dalam keadaan sihat dan stabil.

Sehubungan itu, haiwan liar tersebut akan dilepaskan ke habitat semula jadinya pada masa terdekat. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03/09/beruang-matahari-musnah-kebun-kelapa-ditangkap-perhilitan/
Pages: [1]
View full version: Beruang matahari musnah kebun kelapa ditangkap Perhilitan


ADVERTISEMENT