mattzzx Publish time 9-3-2024 11:13 AM

Postecoglou beri amaran Spurs perlu bangkit

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/Ange_Postecoglou_1709944576.jpg
ANGE Postecoglou. -FOTO AFP

London: Memperoleh tiket kelayakan Liga Juara-Juara adalah "sia-sia" jika Tottenham tidak "berkembang", kata pengurus Ange Postecoglou.

Spurs berada di tempat kelima dalam Liga Perdana, lima mata di belakang Aston Villa di tangga keempat dengan baki satu perlawanan dan berkunjung ke Villa Park esok.

Walaupun pasukannya menamatkan saingan di empat tempat teratas, Postecoglou tidak melihatnya sebagai mencapai kejayaan dengan sendirinya.

"Ia bukan tiket emas Willy Wonka - ia hanya memberi anda setahun (dalam pertandingan)," katanya.


"Terdapat beberapa pasukan yang masuk ke Liga Juara-Juara tahun ini dari tahun lalu, mempunyai musim yang baik.

"Adakah itu menjamin apa-apa untuk musim berikutnya? Tidak.

"Apa yang lebih penting ialah menjelang penghujung tahun ini, kami mempunyai pasukan yang akan mencabar pada tahun berikutnya dan terus berkembang. Pada masa ini, perkara yang paling penting ialah kami, identiti kami dan bola sepak kami.

"Ia bukan tiket emas Willy Wonka, anda tahu? Ia hanya membawa anda setahun dalam Liga Juara-Juara, tetapi jika anda tidak membinanya atau berkembang ia tidak bermakna."

Willy Wonka ialah watak fiksyen yang muncul dalam novel kanak-kanak Charlie and the Chocolate Factory karya pengarang British Roald Dahl.

Postecoglou, pada musim pertamanya di Tottenham, berkata matlamatnya adalah untuk meletakkan asas yang kukuh.

"Jika kami meningkat dan membuat Liga Juara-Juara, ini bermakna kami mempunyai tahun yang baik," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2024/03/1068275/postecoglou-beri-amaran-spurs-perlu-bangkit
Pages: [1]
View full version: Postecoglou beri amaran Spurs perlu bangkit


ADVERTISEMENT