mattzzx Publish time 9-3-2024 11:12 AM

Guardiola pengendali terbaik - Klopp

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/klopp09_1709946089.jpg
KLOPP akui bahawa Guardiola adalah pengurus terbaik. -FOTO AFP

Liverpool: Jurgen Klopp menyifatkan pengendali Manchester City, Pep Guardiola sebagai pengurus terbaik sepanjang hidupnya ketika dia mempersiapkan Liverpool berdepan pesaing mereka itu dalam apa yang disifatkan mungkin sebagai 'babak' terakhir.

City memenangi lima daripada enam gelaran Liga Perdana yang lalu tetapi Liverpool menjadi saingan utama mereka sejak sedekad lalu, merampas mahkota itu pada 2020.

Kedua-dua pasukan itu sekali lagi terikat dalam perebutan pendahulu dengan Liverpool kini mendahului juara bertahan itu dengan satu mata sebelum pertembungan esok di Anfield.

Klopp, 56, berkata Guardiola yang sedang memimpin pasukannya memburu treble kedua berturut-turut Liga Juara-Juara, Liga Perdana dan Piala FA adalah pasukan yang "cemerlang dalam banyak aspek."


"Saya tahu itu, saya melakukan tugas itu sendiri jadi saya melihat kecemerlangan apabila saya berdepannya dan Pep pastinya begitu banyak perkara berbeza sepanjang tahun yang dia lakukan bersama pasukannya," kata Klopp.

"Bagaimana saya boleh menilai pengurus dari masa lalu? Tetapi dalam hidup saya, dia adalah pengurus yang cemerlang, itu yang pasti."

Klopp yang akan meletak jawatan sebagai bos Liverpool pada penghujung musim, mempunyai rekod yang baik menentang Guardiola.

"Pada masa ini saya mempunyai rekod positif menentang Pep," katanya. "Saya tidak tahu bagaimana ia berlaku secara jujur tetapi semuanya baik-baik saja.

"Saya tahu saya cukup mahir dalam apa yang saya lakukan juga. Saya tidak mahu terdengar seperti seseorang yang gembira berada di sini tetapi anda bertanya kepada saya tentang yang terbaik dan bagi saya dia adalah yang terbaik."

Guardiola, bercakap pada sidang media berkata, dia tidak sabar untuk berdepan Klopp untuk kemungkinan kali terakhir, walaupun pasukan itu masih boleh bertemu dalam Piala FA.
https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2024/03/1068279/guardiola-pengendali-terbaik-klopp
Pages: [1]
View full version: Guardiola pengendali terbaik - Klopp


ADVERTISEMENT