mattzzx Publish time 9-3-2024 11:08 AM

MotoGP: Jorge Martin kembali tuntut janji

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/03/JORGE-MARTIN.jpg
MARTIN memburu kejuaraan dunia musim ini demi menuntut janji peluang menyertai pasukan utama Ducati. - AFP

LUSAIL – Pelumba Pramac Racing, Jorge Martin menggalas misi cukup besar pada Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim ini apabila mahu merebut tempat dalam pasukan kilang Ducati tahun depan.

Martin terlepas untuk mendapatkan slot dalam pasukan Ducati musim ini apabila mereka mengambil keputusan mengekalkan khidmat Enea Bastianini yang masih memiliki kontrak dengan pasukan Itali itu.

Justeru, dia sedia untuk membuktikan kemampuan dengan sekali lagi mencabar takhta kejuaraan dunia bagi memastikan slot dalam pasukan Ducati bagi musim 2025 menjadi miliknya.

“Saya sangat gembira di sini (Pramac). Mungkin peluang saya belum tiba, jika tidak saya sudah menandatangani kontrak selama dua tahun bersama pasukan kilang Ducati, namun bukan saya yang membuat keputusan itu.

“Mereka tahu apa yang saya mahukan. Ia merupakan sasaran saya pada masa hadapan tetapi sekarang saya selesa bersama Pramac dan ia pasukan yang cukup sesuai untuk bersaing dengan pelumba-pelumba lain,” katanya.

Meskipun menampilkan aksi cukup memberangsangkan musim lalu dengan menjadi naib juara dunia, namun Martin enggan dibuai dengan kejayaan itu dan sedia memberikan segala-galanya tahun ini.

“Saya tahu musim lalu adalah pencapaian terbaik saya, namun ia sudah pun berlalu. Saya hanya fokus pada keadaan sekarang dan kami perlu bekerja keras dan pastikan jentera mampu memecut laju,” ujarnya. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/03/09/motogp-jorge-martin-kembali-tuntut-janji/
Pages: [1]
View full version: MotoGP: Jorge Martin kembali tuntut janji


ADVERTISEMENT