sfhzuraz Publish time 8-3-2024 05:59 PM

Pemilik restoran diculik sekumpulan lelaki berjaya diselamatkan

Pemilik restoran diculik sekumpulan lelaki berjaya diselamatkan

OlehSYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
08 Mac 2024 05:12pm






https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/03/08/2566770.jpg
Kok Chin



GEORGE TOWN - Seorang lelaki warga China diselamatkan polis selepas diculik sekumpulan lelaki di kediamannya di bandar ini pada petang Khamis.
Ketua Polis Negeri Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin berkata, lelaki berusia 30 tahun itu diselamatkan bersama wang tebusan berjumlah RM277,886 yang dibayar isteri mangsa untuk membebaskannya.


Menurutnya, isteri mangsa telah membuat laporan polis selepas menyedari suaminya tiada di rumah mereka.
"Selepas menerima laporan daripada isteri mangsa, kita telah menubuhkan satu pasukan khas untuk menyiasat kes ini. Mangsa diselamatkan di Bukit Jambul.

"Daripada maklumat yang diterima, kita berjaya menahan empat lelaki iaitu seorang warga tempatan manakala tiga lagi warga China," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang pada Jumaat.Kata Kok Chin, keempat-empat lelaki berkenaan direman empat hari untuk membantu siasatan.
"Mangsa merupakan pemilik sebuah restoran makanan Thailand di bandar ini. Ketika ditemui, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan namun dalam keadaan keletihan.
"Kita masih memburu tiga lelaki warga China yang mana, salah seorang daripada mereka adalah dalang kepada kes ini untuk membantu siasatan.

"Polis bagaimanapun masih menyiasat motif penculikan tersebut. Kita juga sedang menyiasat dari semua sudut, sama ada penculikan itu semata-mata untuk tebusan atau ada kaitan dengan masalah peribadi antara suspek dan mangsa seperti hutang atau sebagainya,” tambahnya.
Kok Chin bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan mendedahkan beberapa maklumat bagi mengelakkan ia mengganggu siasatan polis.
Kes disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan.
Pemilik restoran diculik sekumpulan lelaki berjaya diselamatkan - Sinar Harian

Pages: [1]
View full version: Pemilik restoran diculik sekumpulan lelaki berjaya diselamatkan


ADVERTISEMENT