sfhzuraz Publish time 8-3-2024 12:38 PM

176 Orang Asli di Pahang dan Kelantan mohon jadi polis

176 Orang Asli di Pahang dan Kelantan mohon jadi polis


Oleh Mohd Rafi Mamat - Mac 8, 2024 @ 11:56ambhnews@bh.com.my



https://assets.bharian.com.my/images/articles/seli_1709870151.jpg
Sebahagian 176 remaja Orang Asli yang menyertai pemilihan sebagai konstabel Polis Diraja Malaysia (PDRM) Orang Asli dan Senoi Praaq di Kompleks PDRM Alor Akar. - Foto MOHD RAFI MAMAT



KUANTAN: Seramai 176 Orang Asli dari negeri ini dan Kelantan terpilih mengikuti pemilihan sebagai konstabel Polis Diraja Malaysia (PDRM) Orang Asli dan Senoi Praaq di Kompleks PDRM Alor Akar di sini.
Pemilihan selama empat hari bermula kelmarin membabit peserta lelaki berusia antara 18 hingga 28 tahun yang melalui tiga sesi iaitu ujian fizikal, peperiksaan berkomputer (SPiER) dan temu duga lisan.
Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Pahang, Johari Alwi berkata, penyertaan pemilihan anggota polis kali ini begitu menggalakkan dan ia adalah antara jumlah teramai dicatat oleh jabatan itu.
Beliau berkata, kerjasama pegawai JAKOA daerah yang menyediakan borang permohonan seterusnya menyerahkan kepada remaja di setiap kampung Orang Asli menjadi faktor utama penyertaan yang begitu ramai pemilihan tahun ini.
Katanya, JAKOA juga turut menyediakan bas bagi membawa dan menghantar pulang setiap peserta, kemudahan tempat tinggal serta makanan turut disediakan bagi keselesaan peserta.
Selepas dua hari ujian fizikal dan SPiER dilakukan lebih 100 peserta yang layak untuk sesi seterusnya ujian lisan esok, mereka yang lulus akan mengikuti latihan pusat selama enam bulan.
"Pemilihan yang ditawarkan ini adalah untuk konstabel polis lelaki serta Senoi Praaq," katanya yang berharap lebih ramai remaja terpilih menganggotai pasukan PDRM.
Johari berkata, turut mengikuti pemilihan kali ini ialah 37 remaja Orang Asli dari Kelantan, mereka datang bersama pegawai JAKOA Kelantan menggunakan bas.
Bagi, Aizam Fadley Mihd Sukri, 25 dari Kampung Bongkok, Bera berkata, dia begitu berminat dan bercita-cita menjadi anggota polis.
"Ketika di sekolah menengah saya menganggotai pasukan Kadet Persatuan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM), bermula dari situ minat menjadi anggota polis suatu hari nanti begitu menebal hingga ke hari ini.
"Saya berharap percubaan kali keempat ini berhasil terutama selepas lulus dengan cemerlang ujian fizikal dan SPiER semalam," kata anak pertama daripada tiga beradik itu.
Beliau yang kini bertugas di stesen minyak begitu mengharapkan kejayaan pada temuduga kali ini, sebagai hadiah pada isteri dan anak lelaki berusia dua bulan lapan bulan.
176 Orang Asli di Pahang dan Kelantan mohon jadi polis (bharian.com.my)





Pages: [1]
View full version: 176 Orang Asli di Pahang dan Kelantan mohon jadi polis


ADVERTISEMENT