mattzzx Publish time 8-3-2024 12:18 PM

Minggu derita Ronaldo

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/FBL-KSA-NASSR-RAED_1709868883.jpg
REAKSI Ronaldo ketika menentang Al-Raed di Stadium Al-Awal Park. FOTO AFP

Riyadh: Cristiano Ronaldo dan kelabnya Al-Nassr mengharungi minggu yang sukar dilupakan selepas mereka tewas kejohanan antarabangsa dan semakin ketinggalan dalam persaingan merebut gelaran Liga Pro Saudi.

Semuanya bermula Isnin lalu ketika Al-Nassr menentang Al Ain dalam aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara Asia. Dalam perlawanan itu, mereka tewas 0-1 sekali gus berdepan tugas berat untuk aksi kedua di tempat sendiri.

Tidak cukup dengan kekecewaan itu, mereka tewas sekali lagi awal pagi tadi. Kali ini dalam aksi Liga Arab apabila Al-Raed antara kelab corot di negara itu memalukan Ronaldo dan rakan sepasukan dengan kemenangan 3-1.

Kekalahan itu menyebabkan skuad kendalian pengurus dari Portugal Luis Castro ketinggalan sembilan mata di belakang pendahulu Al-Hilal dengan baki 11 perlawanan lagi. Al-Hilal pula gah di puncak dengan 62 mata dan mereka berkelebihan satu perlawanan dalam tangan.

CR7 pula menampilkan prestasi hambar minggu ini menyaksikan dia gagal menjaringkan gol sekali gus kelabnya tidak menang dalam tiga perlawanan terakhir mereka.

https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2024/03/1067994/minggu-derita-ronaldo
Pages: [1]
View full version: Minggu derita Ronaldo


ADVERTISEMENT