mattzzx Publish time 8-3-2024 11:19 AM

14,174 anak kapal Vietnam ceroboh perairan negara

https://assets.bharian.com.my/images/articles/botvietnam_1709861887.jpg
Pencerobohan nelayan asing khususnya dari Vietnam di perairan negeri ini mengakibatkan negara kehilangan hasil laut dianggarkan lebih RM70 bilion dalam tempoh 12 tahun sejak 2010. - Foto ihsan Maritim Malaysia

KUALA LUMPUR: Sebanyak 14,174 anak kapal daripada Vietnam ditahan oleh pihak berkuasa kerana menceroboh perairan negara sejak 2006 hingga Mei 2023.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin, berkata dalam tempoh yang sama turut ditahan sebanyak 1,655 bot nelayan asing Vietnam yang menceroboh perairan negara.

Katanya, Malaysia sentiasa mengambil tindakan segera dengan menghantar Nota Bantahan melalui Kementerian Luar kepada Kerajaan Vietnam, bagi menzahirkan kebimbangan Malaysia terhadap insiden-insiden pencerobohan yang semakin meningkat.

"Vietnam juga dikenakan amaran 'kad kuning' oleh Suruhanjaya Eropah (EC) atas kegagalan negara itu mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk mencegah pencerobohan nelayan mereka di perairan negara asing.


"Sekiranya perkara ini berterusan, Vietnam boleh dikenakan 'kad merah' oleh EC yang boleh menyebabkan larangan eksport hasil laut dari Vietnam ke negara- negara EU," katanya menerusi jawapan bertulis yang disiarkan di portal Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan Wan Hassan Mohd Ramli (PN- DUNGUN) mengenai bentuk kerjasama antara Malaysia dengan Kerajaan Vietnam bagi menangani pencerobohan perairan negara oleh nelayan Vietnam sebagaimana dipersetujui dalam pertemuan antara Perdana Menteri dengan Presiden Vietnam pada November tahun lalu.

Katanya, tekanan yang diberikan oleh EC kepada Vietnam meningkatkan lagi komitmen negara itu untuk memperluas kesedaran dalam kalangan nelayan-nelayannya untuk tidak menceroboh perairan asing terutamanya di perairan Malaysia.

Sebelum ini, media melaporkan pencerobohan nelayan asing khususnya dari Vietnam di perairan negeri ini mengakibatkan negara kehilangan hasil laut dianggarkan lebih RM70 bilion dalam tempoh 12 tahun sejak 2010.

Kerakusan nelayan terbabit mencuri hasil laut menggunakan kaedah tunda ganding dikatakan bukan sahaja memusnahkan ekosistem marin, malah turut menjejaskan sumber rezeki nelayan tempatan berikutan habitat marin dikatakan semakin berkurangan.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/03/1220939/14174-anak-kapal-vietnam-ceroboh-perairan-negara
Pages: [1]
View full version: 14,174 anak kapal Vietnam ceroboh perairan negara


ADVERTISEMENT