mattzzx Publish time 8-3-2024 11:05 AM

Liverpool, Roma pesta gol

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/FBL-EUR-C3-PRAGUE-LIVERPOOL_1709854523.jpg
DIAZ (tengah) meraikan jaringan keempat Liverpool ketika menentang Sparta. FOTO AFP

London: Liverpool semakin hampir ke suku akhir Liga Europa selepas menang 5-1 di Sparta Prague awal pagi tadi manakala Roma membelasah Brighton 4-0 dalam aksi pertama peringkat 16 di ibu kota Itali.

AC Milan mengatasi pasukan beraksi 10 pemain Slavia Prague 4-2, tetapi Bayer Leverkusen kendalian Xabi Alonso bangkit daripada ketinggalan 0-2 sebelum seri 2-2 untuk mengekalkan rekod tanpa kalah mereka ketika menentang Qarabag.

Liverpool kekal dalam landasan untuk menghadiahkan Jurgen Klopp empat trofi dan mereka tidak terganggu dengan aksi penting Liga Perdana Inggeris berdepan Manchester City Ahad ini.

Klopp menurunkan skuad utama dan mendapat apa yang dimahukan dengan 'membunuh' terus aksi peringkat pertama namun mereka sedikit cemas selepas pertahanan tengah Ibrahima Konate mengalami kecederaan.



Alexis Mac Allister memulakan pesta gol pelawat di ibu kota Czech selepas berjaya mendapatkan penalti dan menyempurnakannya selepas hanya tujuh minit permainan bermula.

Sparta yang menyingkirkan Galatasaray di pusingan sebelumnya turut memiliki beberapa peluang tetapi perbezaan kualiti di antara kedua-dua pasukan terserlah pada tindakan penyudah mereka.

Rembatan jarak jauh Darwin Nunez menjadikan kedudukan 2-0 dan bintang Uruguay itu menambah gol ketiga sejurus sebelum rehat selepas mendapat hantaran Mac Allister.

"Dia mempunyai sikap paling penting diperlukan penyerang dalam peluang seperti itu," kata Klopp mengenai Nunez. "Dia terus mengancam pertahanan lawan dan dia memberikan kami ruang dan pilihan."

Conor Bradley mengantikan Joe Gomez selepas rehat namun menjaringkan gol sendiri seminit selepas permainan bersambung tetapi

percubaan Luis Diaz yang terkena pemain tuan rumah mengembalikan semula kelebihan tiga jaringan.

Mohamed Salah yang pulih kecederaan hamstring tampil sebagai pemain gantian dan menjaringkan gol tetapi dibatalkan VAR akibat ofsaid.

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/FBL-EUR-C3-ROMA-BRIGHTON_1709854526.jpg
GIANLUCA Mancini (empat dari kanan) menjaringkan gol ketiga Roma ketika menentang Brighton.

Sebaliknya seorang lagi pemain gantian Dominik Szoboszlai melengkapkan pesta gol Liverpool dengan gol kelima pada masa kecederaan.

Sementara itu penampilan pertama Brighton di pentas Eropah tampak berakhir di peringkat 16 selepas Seagulls dibelasah Roma.

Gergasi Itali itu hanya tewas sekali dalam 10 perlawanan sejak legenda mereka Daniele De Rossi menggantikan Jose Mourinho yang dipecat pada Januari lalu.

"Saya tak melakukan sesuatu yang luar biasa," kata De Rossi. "Saya sangat gembira tetapi mereka pemain sangat bagus. Mereka menang perlawanan yang sepatutnya mereka menang."
https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2024/03/1067948/liverpool-roma-pesta-gol
Pages: [1]
View full version: Liverpool, Roma pesta gol


ADVERTISEMENT