mattzzx Publish time 8-3-2024 11:04 AM

Villa, Ajax sama tumpul

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/SOCCER-EUROPACONF-AJA-AVA_REPORT_1709856091.jpg
PENGADIL melayangkan kad merah kepada Konsa. FOTO Reuters

Paris: Aston Villa seri tanpa jaringan di Ajax dalam aksi pertama peringkat 16 Liga Konferens Europa yang menyaksikan kedua-dua pasukan menamatkan permainan dengan sepuluh pemain.

"Perlawanan yang sukar. Ada satu lagi aksi, jadi kami perlu ke sana dan berusaha mencipta kejutan," kata kapten Ajax Jordan Henderson.

Ezri Konsa dilayangkan kad merah untuk pelawat selepas melakukan kesalahan kedua pada minit ke-82 sebelum pemain Ajax Tristan Gooijer menerima nasib sama empat minit kemudian.

Ajax dan Villa bergelut mencipta peluang terbuka dan ketika tuan rumah mendapatkannya, penjaga gol Emiliano Martinez melayangkan badan untuk menyelamakan rembatan Kenneth Taylor.


Dalam perlawanan di ibu kota Hungary Budapest, menyaksikan perlawanan Maccabi Haifa dan Fiorentina berakhir dengan tujuh gol dan jaringan kemenangan lewat saat akhir Antonin Barak yang membolehkan kelab Itali itu menang 4-3.

Jaringan Fredrik Gulbrandsen pada masa kecederaan membolehkan Molde menang 2-1 ke atas Club Brugge manakala Dinamo Zagreb menewaskan wakil Greece PAOK 2-0 di tempat sendiri.

Perlawanan Servette dan Viktoria Plzen di Geneva berakhir tanpa jaringan dan mereka bakal bertemu untuk aksi kedua pada 14 Mac.
https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2024/03/1067951/villa-ajax-sama-tumpul
Pages: [1]
View full version: Villa, Ajax sama tumpul


ADVERTISEMENT