mattzzx Publish time 8-3-2024 11:02 AM

West Ham kalah tipis

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/FBL-EUR-C3-FREIBURG-WEST_HAM_1709857617.jpg
AKSI Gregoritsch (dua kanan) menjaringkan gol kemenangan pasukannya.

Freiburg im Breisgau, Jerman: Michael Gregoritsch muncul wira Freiburg selepas tolakan jarak dekat pada lewat perlawanan membolehkan pasukannya menewaskan West Ham 1-0 dalam aksi pertama peringkat 16 Liga Europa awal pagi tadi.

Selepas permulaan berhati-hati, juara bertahan Liga Konferens Europa West Ham hampir di depan pada minit k-65 tetapi penjaga gol Freiburg Noah Atubolu melayangkan badan untuk menyelamatkan percubaan Jarrod Bowen.

Gregoritsch menjaringkan gol hanya selepas 11 minit dimasukkan daripada bangku simpanan apabila menolak bola ke gawang dari jarak satu meter sekali gus gol kelimanya dalam tujuh aksi Liga Europa.

"Kami beraksi dengan teruk hari ini," akui kapten West Ham Kurt Zouma.


Kapten Freiburg Christian Guenter berkata kepada RTL "kami berikan segalanya ketika menentang mereka dan saya fikir kami berhak menang."

West Ham merayu sepakan penaltii selepas bola rembatan Kalvin Phillips terkena tangan Noah Weisshaupt yang memaksa pengadil meneliti monitor.

Freiburg terselamat selepas keputusan VAR memihak mereka untuk berkelebihan tipis menjelang aksi peringkat kedua minggu depan di London.

"Saya tak tahu jika ia keputusan tepat. Keputusan ambil masa agak lama dan pengadil juga perlukan masa yang lama. Apa yang berlaku sudah berlaku. Perlawanan sudah berakhir, jadi kita fokus sahaja aksi seterusnya," Zouma.
https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2024/03/1067953/west-ham-kalah-tipis
Pages: [1]
View full version: West Ham kalah tipis


ADVERTISEMENT