mattzzx Publish time 8-3-2024 11:01 AM

Arsenal belum puas bedal lawan

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/tt_1709860149.jpg
ARTETA buru penyerang baharu.

London: Mikel Arteta berkata Arsenal akan meneruskan pelan perpindahan musim panas walaupun memiliki rekod jaringan hebat dengan kelab dijangka tetap memburu penyerang baharu.

Arsenal menang kesemua tujuh perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada 2024 dengan agregat jaringan 31-3 selain muncul kelab Inggeris pertama menang tiga kali berturut-turut di tempat lawan dengan menjaringkan lima atau lebih gol.

Arsenal membelasah Sheffield United 6-0 di Bramall Lane dan berpeluang merapatkan jurang di puncak EPL dengan sekurang-kurangnya satu mata dengan salah satu pasukan teratas ketika mereka berdepan Brentford pada awal pagi Ahad, 24 jam sebelum Liverpool menerima kunjungan Manchester City di Anfield.

Kelab utara London itu dijangka menandatangani penyerang tengah pada musim ini dan Arteta berkata jaringan besar diperoleh tidak mengubah strategi mereka yang didedahkannya pada awal musim.


"Pelan kami untuk musim panas sangat jelas," kata Arteta ketika sidang media semalam. "Perkara itu dijelaskan pada permulaan musim, situasi kontrak beberapa pemain dan bagaimana kami boleh perbaiki di sesetengan pemain. Situasi sekarang tak menjejaskan pelan yang ada."

Arsenal dikaitkan dengan perpindahan Ivan Toney pada Januari lalu tetapi Brenfford menilaikannya sekitar £80 juta (RM481 juta) namun akhirnya tiada bidaan dibuat.

Sumber berkata kepada ESPN bahawa manakala ketika Toney masih dalam radar, Gunners mengendurkan minat ke atas pemain England itu dengan menimbangkan pilihan lain dengan cuba mendapatkan pemain Sporting Lisbon Viktor Gyökeres dab pemain Brighton Evan Ferguson.
https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2024/03/1067958/arsenal-belum-puas-bedal-lawan
Pages: [1]
View full version: Arsenal belum puas bedal lawan


ADVERTISEMENT