mattzzx Publish time 7-3-2024 05:36 PM

ETS tambahan untuk Aidilfitri, perayaan lain

https://assets.bharian.com.my/images/articles/ets_1709800051.jpg
KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan akan menyediakan perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bersempena sambutan Aidilfitri.

Menterinya, Anthony Loke, berkata selain inisiatif itu akan diteruskan bagi sambutan perayaan lain, antaranya bertujuan menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam untuk pulang ke kampung halaman.

"Kementerian Pengangkutan sentiasa menambah baik 'trip' tidak mengira musim perayaan apa pun, sama ada Tahun Baharu Cina, Krismas, Aidilfitri dan lain-lain.

"Untuk itu, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menambah trip ETS, bukan sahaja bagi laluan Ipoh tetapi sampai ke Butterworth dan Padang Besar.


"Ini membolehkan ramai orang dapat memanfaatkan pengangkutan awam khususnya kereta api untuk balik raya nanti," katanya pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Lee Chuan How (PH-Ipoh Timor) yang ingin tahu apakah KTMB bersiap siaga untuk menawarkan tren tambahan menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.

Terdahulu, Loke menjawab soalan asal Rushdan Rusmi (PN-Padang Besar), sama ada kementerian itu bercadang menambah gerabak ETS susulan permintaan yang semakin meningkat.

"Perkhidmatan ETS ketika ini menyediakan sebanyak 32 perkhidmatan sehari termasuk 10 perkhidmatan ETS laluan dari dan ke Padang Besar.

"Untuk memenuhi permintaan yang baik daripada penumpang ETS, Kementerian Pengangkutan telah membuat perolehan 10 set tren elektrik enam koc baharu.

"Ia sebagai tambahan kepada 24 set tren elektrik yang kini digunakan untuk operasi perkhidmatan ETS," katanya.

Loke turut memaklumkan, set tren elektrik baharu terbabit dijadual akan digunakan untuk operasi perkhidmatan ETS secara berperingkat mulai awal 2025.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/03/1220717/ets-tambahan-untuk-aidilfitri-perayaan-lain
Pages: [1]
View full version: ETS tambahan untuk Aidilfitri, perayaan lain


ADVERTISEMENT