mattzzx Publish time 7-3-2024 05:34 PM

Alasan letak motosikal sesuka hati

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/parkir223_1709802764.jpg
Tinjauan tempat letak motorsikal di sekitar ibu kota di Kuala Lumpur. FOTO NUR IQBAL SYAKIR

Kuala Lumpur: Segelintir penunggang mendakwa tempat letak motosikal yang terhad di ibu kota menyebabkan mereka meletakkan kenderaan itu sesuka hati sehingga mengganggu pejalan.

Tinjauan Harian Metro di sekitar Pasar Seni, dekat sini, mendapati beberapa motosikal dilihat diletakkan sesuka hati termasuk di tempat yang dilarang.

Kakitangan swasta Zulkifli Idris, 37, berkata dia memang meletakkan motosikal di hadapan premis kerana memudahkannya melakukan urusan selain menjimatkan.

Menurutnya, tempat letak motosikal di sekitar ibu kota agak terhad menyebabkan dia sukar untuk mendapatkan tempat parkir.


"Berdasarkan pengetahuan, tempat parkir motosikal tidak banyak di luar premis, selain dicaj dengan harga tidak munasabah di dalam premis bangunan.

"Saya hanya fikir positif dan mengharapkan motosikal saya selamat," ketika ditanya mengenai keselamatan motosikal miliknya yang diletakkan tanpa pengawasan.

Pekerja kendera saji Siti Khairunnisa, 20, berkata tindakan dia meletakkan motosikalnya di bawah jambatan demi mengelakkan cuaca panas dan hujan.

"Walaupun ada tempat parkir motosikal berbayar, saya lebih suka letak motosikal di bawah jambatan selain tidak perlu bayar parkir.

"Jika ruang parkir motosikal itu diubah suai ke ruangan berbumbung, mungkin dia akan meletakkan motosikalnya di situ," katanya.

Sementara itu, pelatih dikenali Nafeez, 23, berkata tindakan pemilik meletakkan motosikal di tempat terlarang memang mengganggu pejalan.

Menurutnya, berikutan itu dia berpendapat pihak berkuasa seharusnya memperbanyakkan tempat parkir motosikal berbumbung di ibu kota.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/03/1067820/alasan-letak-motosikal-sesuka-hati
Pages: [1]
View full version: Alasan letak motosikal sesuka hati


ADVERTISEMENT