mattzzx Publish time 7-3-2024 04:42 PM

Ramai minta buat tangkal

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/photo_2024-03-07_16-16-41_1709799587.jpg
Mahmud menunjukkan objek pelik dipercayai muntah ikan paus. FOTO Ahmad Rabiul Zulkifli

Marang: Pelaris kedai, pengasih dan azimat memancing antara alasan diberikan segelintir penduduk untuk mendapatkan serpihan kecil daripada objek pelik ditemukan terdampar di pantai baru-baru ini.

Mahmud Kechik, 60, dari Kampung Rhu Muda berkata, ramai yang datang berjumpanya bagi mendapatkan objek pelik yang ditemukan itu sejak ia tular di media sosial.

"Walaupun objek itu belum disahkan sama ada muntah ikan paus atau sebaliknya namun ia tetap menjadi kegilaan ramai orang.

"Mereka sanggup datang daripada jauh untuk mendapatkan serpihan kecil daripada objek itu untuk pelbagai tujuan," katanya ketika ditemui di rumahnya, hari ini.


Dia berkata, objek pelik yang ditemukan itu masih menjadi misteri dan tanda tanya sama ada ia muntah ikan paus atau tumbuhan dalam laut.

"Saya letak objek itu di dalam air bagi mengekalkan kesegarannya dan akan membawa objek itu ke makmal Pusat Penyelidikan Dalam Lapangan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dalam tempoh terdekat," katanya.

Sementara itu Pegawai Sains Pusat Penyelidikan Dalam Lapangan UMT, Asrul Azani Mahmood berkata, pihaknya akan membantu mengenal pasti status sebenar objek pelik yang ditemui itu sama ada ia muntah ikan paus atau sejenis tumbuhan dalam laut.

"Saya sudah berhubung dengan Mahmud mengenai hal itu dan mendapat persetujuan bersama bagi menjalankan analisa secara makmal terhadap objek yang ditemui itu.

"Daripada struktur dan bentuk objek itu, memang ia dilihat seakan-akan muntah ikan paus tetapi ia tidak boleh disahkan selagi kajian dan analisa terperinci dijalankan," katanya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan warga emas itu menemukan objek pelik seberat lapan kilogram terdampar di Pantai Kelulut.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/03/1067800/ramai-minta-buat-tangkal
Pages: [1]
View full version: Ramai minta buat tangkal


ADVERTISEMENT