mattzzx Publish time 7-3-2024 12:33 PM

Rampas kekasih anak sendiri, ibu Miley Cyrus upah pengawal

https://www.mstar.com.my/image/830/553?url=https%3A%2F%2Fapicms.mstar.com.my%2Fuploads%2Fimages%2F2024%2F03%2F06%2F2578002.png
Tish didakwa merampas teman lelaki anaknya sendiri iaitu Noah Cyrus.

MAJLIS perkahwinan ibu kepada penyanyi Miley Cyrus dilaporkan dijaga ketat oleh pengawal keselamatan bagi menyekat kehadiran anak bongsunya iaitu Noah Cyrus.

Tish, 54, bertindak demikian selepas dia berkahwin dengan bekas teman lelaki anaknya sendiri iaitu pelakon Dominic Pucell, 54, dalam sebuah majlis tertutup yang berlangsung di Malibu, Amerika Syarikat tahun lepas.

Pasangan itu mengupah pengawal keselamatan kerana bimbang Noah akan melakukan kekecohan kerana berasa marah ibunya sendiri merampas teman lelakinya.

https://apicms.mstar.com.my/uploads/images/2024/03/06/2578001.png

Tish dan Dominic berkahwin pada tahun lepas.

Sebelum ini Tish dikhabarkan merampas Dominic yang sebelum itu masih teman lelaki kepada Noah, 24, sebelum mengikat tali pertunagan pada November 2022.

Sejak itu, Tish didakwa menyekat akaun Instagram Noah kerana tidak mahu anak perempuannya itu melihat kemesraannya dengan Dominic.


Menerusi sesi podcast, Tish memberitahu dia memulakan langkah mahu berkenalan dengan Dominic melalui mesej di Instagram selepas bercerai dengan suaminya, penyanyi Billy Ray Cyrus.

Tish dan Billy bercerai pada April 2022 selepas 28 tahun mendirikan rumah tangga.

https://www.mstar.com.my/spotlight/bintang-global/2024/03/07/rampas-kekasih-anak-sendiri-ibu-miley-cyrus-upah-pengawal-bimbang-majlis-kahwin-diceroboh

Ahriman Publish time 7-3-2024 03:34 PM

Edited by Ahriman at 7-3-2024 03:49 PM

Si noah ni elok muka comel.gasak pi repair.bibir membengkak.dh rope tok vida aku tengok.:lol:
Dasyat jugak mak ni sailang bf anaknya.:lol:

alesandra Publish time 7-3-2024 03:46 PM

Azabnyer punya mak.yg anak pun ko taste baya2 parents kodah napa?

beatgirlX Publish time 7-3-2024 05:22 PM

Aku tgh recall dominic ni pernah berlakon citer apa eh

hanihan16 Publish time 7-3-2024 07:19 PM

beatgirlX replied at 7-3-2024 05:22 PM
Aku tgh recall dominic ni pernah berlakon citer apa eh

prison break?

delia3003 Publish time 7-3-2024 07:39 PM

Edited by delia3003 at 7-3-2024 07:42 PM

Family tunggang langgang:lol:

Sebijik macam vc she will be loved by Maroon 5, bezanye bf anak muda dan maknye cantik jelita.

Tak payah la nak sedih sangat anak nye pun, ex bf tu dah taraf bapakĀ², cari je yang jauh lagi mudalebih kurang seusia, bersepah je kat luar.

cm_vungtau Publish time 7-3-2024 08:10 PM

Uik abang Michael Scofield

delia3003 Publish time 7-3-2024 09:41 PM

I baru tau rupa mak Miley. Dia banyak ikut muka mak dia rupanye.

razzia Publish time 7-3-2024 10:15 PM

tak ble
bayangkan dh dgn ank
,dgn mak pula.yela mat saleh biasa kan dh ehem2

Ferr_Remy Publish time 8-3-2024 03:49 AM

beatgirlX replied at 7-3-2024 05:22 PM
Aku tgh recall dominic ni pernah berlakon citer apa eh

Vikingdom

matchstick Publish time 8-3-2024 07:31 PM

mak nye tu belum menopos ke menggeletis lagi nk kawen.

exclusive_vvip Publish time 9-3-2024 10:00 AM

alaaa kat sini pun ada kes2 gini kan..cuma xtau la penah smpi tahap bersetubuh ke belum..kalu belum, ok la sikit..masa iols kecik2 dulu penah ikut ayah keje kat sabah..ada colleague ayah iols tu org semenanjung gak..kawen dengan janda, berusia.. rupanya, asalnya member ayah iols tu nak kawen ngan anak, tapi end up kawen ngan mak..hihi..

makita Publish time 9-3-2024 11:36 AM

Mak birah mcm ni bahaya..kalau ada somi pon jgn selalu bwk jumpa mak. Dtg time raya je buat syarat. Kalau selalu jumpa takut laki kene sailang.

Supersirap Publish time 9-3-2024 12:34 PM

Jodoh tidak mengenal sesiapa

arffa Publish time 9-3-2024 09:06 PM

exclusive_vvip replied at 9-3-2024 10:00 AM
alaaa kat sini pun ada kes2 gini kan..cuma xtau la penah smpi tahap bersetubuh ke belum..kalu belum, ...

Macam kisah shidee, berkenalan dengan mak kawen dengan anak.

arffa Publish time 9-3-2024 09:07 PM

exclusive_vvip replied at 9-3-2024 10:00 AM
alaaa kat sini pun ada kes2 gini kan..cuma xtau la penah smpi tahap bersetubuh ke belum..kalu belum, ...

Macam kisah shidee, berkenalan dengan mak kawen dengan anak.

anony-mous Publish time 12-3-2024 09:33 AM

Teruknya family ni. Patut la miley gitu. Btw Tish tu berganda lawa dari Noah. Noah tu tgk muka dia pon rasa uncanny valley :funk: mak diaorang lg cun lecun dari ank2

anony-mous Publish time 12-3-2024 09:35 AM

exclusive_vvip replied at 9-3-2024 10:00 AM
alaaa kat sini pun ada kes2 gini kan..cuma xtau la penah smpi tahap bersetubuh ke belum..kalu belum, ...

Dkt tiktok pon ada mcm ni. Xsilap mula2 bf mak pastu kahwin dgn ank. Klau mat salleh ni xkisah lg, ni melayu islam, kembang tekak

mizzmimi Publish time 17-3-2024 08:56 AM

Nasib baik jugak exboyfie anaknya tu baya maknya.. bahaya mak gini bf anak pun sailang..
Pages: [1]
View full version: Rampas kekasih anak sendiri, ibu Miley Cyrus upah pengawal


ADVERTISEMENT