mattzzx Publish time 7-3-2024 11:51 AM

Gaji baharu Bagnaia RM36 juta

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/bg_1709780374.jpg
BAGNAIA jagoan Ducati.

London: Kontrak baharu Francesco Bagnaia bersama Ducati dilaporkan membabitkan bayaran sangat lumayan sesuai dengan keputusan cemerlang diraihnya sejak dua musim lalu.

Bagnaia menandatangani kontrak baharu yang mengikatnya dengan pengeluar dari Itali itu sehingga penghujung 2026 sebelum bermula MotoGP Qatar hujung minggu ini.

Dia kini dibayar sekitar £6 juta (RM36 juta) semusim, menurut Motorsport tetapi bayaran itu sebenarnya melebihi £8.5 juta (RM51 juta) semusim bergantung kepada keputusan perlumbaan.

Ini kerana kontraknya menetapkan gaji asas tahunan £6 juta (RM36 juta) beserta bonus jika dia menjuarai kejohanan.


Kontrak Bagnaia sebelum ini ditandatangani pada permulaan 2022 sebelum dia meraih gelaran. Ketika itu dia menerima bayaran setara pelumba Pramac Jorge Martin dan pelumba Gresini Enea Bastianini sehinggalah bonus kemenangannya mula mencurah masuk.

Gaji asas dalam kontrak baharunya menggambarkan statusnya sebagai juara dunia dua kali.

Bagnaia meraih gelaran pada 2022 dan mengekalkannya tahun lalu sekali gus menjadi pelumba ketiga di era MotoGP yang meraih gelaran berturut-turut (selepas Valentino Rossi dan Marc Marquez).
https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2024/03/1067650/gaji-baharu-bagnaia-rm36-juta
Pages: [1]
View full version: Gaji baharu Bagnaia RM36 juta


ADVERTISEMENT