mattzzx Publish time 7-3-2024 10:15 AM

Atalanta ikat Sporting di Lisbon

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/SOCCER-EUROPA-SLI-ATT_REPORT_1709775573.jpg
AKSI Scamacca menjaringkan gol penyamaan pasukannya ketika menentang Sporting Lisbon. FOTO Reuters

Lisbon, Portugal: Gianluca Scamacca menjaringkan gol untuk Atalanta ketika seri 1-1 di Sporting Lisbon dalam aksi pertama peringkat 16 Liga Europa awal pagi tadi.

Paulinho meletakkan tuan rumah selepas meledak rembatan dari sebelah kiri kotak penalti pada awal babak pertama sebelum Scamacca menyamakan kedudukan dengan rembatan kemas ke penjuru gawang enam minit sebelum rehat.

Aksi peringkat kedua berlangsung di Itali pada 14 Mac. Kedua-dua pasukan turut bertemu di peringkat kumpulan dengan Atalanta menang 2-1 di Lisbon dan seri 1-1 di tempat sendiri.

Kesemua perlawanan peringkat pertama yang lain berlangsung awal pagi esok termasuk pertembungan pendahulu Liga Perdana Inggeris Liverpool dengan Sparta di Prague.

Di peringkat ini, lapan juara kumpulan termasuk Atalanta menentang lapan pasukan yang mara menerusi aksi playof kalah mati.

https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2024/03/1067621/atalanta-ikat-sporting-di-lisbon
Pages: [1]
View full version: Atalanta ikat Sporting di Lisbon


ADVERTISEMENT