mattzzx Publish time 7-3-2024 09:36 AM

Madrid 'derita' dalam gembira

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/TOPSHOT-FBL-EUR-C1-REAL_MADRID-LEIPZIG_1709770242.jpg
JUNIOR (tengah) meledak gol Madrid.

Madrid: Real Madrid hanya mampu seri 1-1 dengan RB Leipzig namun mara ke suku akhir Liga Juara-Juara dengan kemenangan agregat 2-1 dalam aksi kedua peringkat 16 awal pagi tadi.

Juara kejohanan 14 kali itu beraksi jauh di bawah tahap sebenar tetapi kemaraan mereka turut dibantu ketumpulan jentera serangan Leipzig.

Vinicius Junior menjaringkan gol pada minit ke-65 selepas mendapat hantaran Jude Bellingham. Pelawat pantas menyamakan kedudukan menerusi Willi Orban tetapi mereka gagal mendapatkan gol kedua untuk memaksa tambahan masa di Santiago Bernabeu.

Jurulatih Madrid Carlo Ancelotti berkata pasukannya menderita dan tidak beraksi dengan kemampuan sebenar.


"Kami beraksi dengan buruk, kurang intensiti dengan kebimbangan. Aspek psikologi pengaruhi permainan kami," kata Ancelotti kepada Movistar.

"Kami menentang lawan berkualiti. Kami kurang tenaga dari awal sehingga akhir tetapi paling penting kami lolos ke suku akhir."

Ancelotti memberi amaran sebelum perlawanan mereka perlu berada pada tahap terbaik untuk mara dan kebimbangannya terserlah dengan menurunkan empat pemain tengah di belakang Bellingham dan Vinicius.

"Ia bukan hari terbaik buat kami tapi kami tetap gembira kerana objektik berjaya dicapai," kata kapten Madrid Nacho Fernandez.

"Apabila sesuatu tidak mengikut seperti anda harapkan, anda perlu berjuang, bersaing dalam perlawanan seperti hari ini yang menjadikan anda berkembang dan belajar daripadanya."
https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2024/03/1067595/madrid-derita-dalam-gembira
Pages: [1]
View full version: Madrid 'derita' dalam gembira


ADVERTISEMENT