mattzzx Publish time 7-3-2024 09:35 AM

Southgate ganti Ten Hag?

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/ten_1709773698.jpg
TEN Hag gagal pacu United.

London: Gareth Southgate dan dua lagi calon kini menjadi pilihan berpotensi untuk menggantikan Erik ten Hag jika dia meninggalkan Old Trafford pada musim panas, menurut laporan terbaru hari ini.

Kedudukan Ten Hag dalam 'bahaya' selepas United tewas 1-3 di tangan Manchester City – keputusan yang menyaksikan pasukannya kekal di tangga keenam, 19 mata di belakang pendahulu liga Liverpool.

Laporan awal minggu ini mendakwa pemain United semakin meragui masa depan pengendali dari Belanda itu di Old Trafford dengan ramai menjangkakan INEOS akan memecatknya dan membawa masuk pengurus baharu.

Dalam pada itu ESPN melaporkan belum ada lagi keputusan mengenai masa depan Ten Hag tetapi beberapa pilihan sudah pun difikirkan untuk menyelamatkan Red Devils.


Pengurus England Gareth Southgate dinamakan antara calon yang kini mendapat perhatian Sir Jim Ratcliffe dan pasukannya selain Roberto De Zerbi (pengurus Brighton) dan ketua jurulatih Brentford Thomas Frank.

Southgate dianggap 'orang luar' susulan statusnya di England di mana dia belum membuat keputusan masa depan jawatannya di Euro.

Namun laporan mengaitkan hubungan rapatnya dengan Dan Ashworth yang bakal menjadi pengarah sukan United. Ashworth sebelum ini bertugas di FA.
https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2024/03/1067613/southgate-ganti-ten-hag
Pages: [1]
View full version: Southgate ganti Ten Hag?


ADVERTISEMENT