mattzzx Publish time 6-3-2024 05:50 PM

Pencuci kereta laku amang seksual terhadap anak majikan dipenjara 4 tahun, 3 sebatan

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hm6kenalah_1709717536.jpg
Seorang pencuci kereta dijatuhi hukuman penjara empat tahun dan tiga sebatan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap anak majikannya. FOTO GHAZALI KORI

Kuala Terengganu: Seorang pencuci kereta dijatuhi hukuman penjara empat tahun dan tiga sebatan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap anak majikannya.

Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli membuat keputusan itu selepas tertuduh, Muhammad Norish Ariswarry Mohd Isa, 19, mengaku salah terhadap tiga pertuduhan berkenaan.

Mengikut pertuduhan pertama hingga tiga, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa yang ketika kejadian berusia 8 tahun 6 bulan.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di daerah ini pada Jun 2023.



Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a), Seksyen 14 (b) dan Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTKK) 2017.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara empat tahun dan satu sebatan bagi setiap pertuduhan.

Bagaimananapun, mahkamah mengarahkan hukuman penjara berjalan serentak bermula daripada tarikh tangkap iaitu pada 24 Januari lalu.

Selain itu, tertuduh turut diarahkan berada dalam pengawasan polis selama dua tahun mengikut Seksyen 27 AKSTKK2017 sebaik selesai menjalani hukuman penjara.

Pendakwaan dikendalikanTimbalan Pendakwa Raya, Intan Nor Hilwani Mat Rifin manakala tertuduh diwakili peguam daripada Jabatan Bantuan Guaman.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/03/1067479/pencuci-kereta-laku-amang-seksual-terhadap-anak-majikan-dipenjara-4-tahun-3
Pages: [1]
View full version: Pencuci kereta laku amang seksual terhadap anak majikan dipenjara 4 tahun, 3 sebatan


ADVERTISEMENT