mattzzx Publish time 6-3-2024 05:46 PM

Pesara guru hilang lebih RM130,000 angkara phone scam

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/z2111scam04_1709710796.jpg
Kuantan: Pesara guru wanita berusia 59 tahun kerugian RM138,101 selepas terpedaya sindiket phone scam yang menyamar sebagai pegawai polis dan pegawai pusat keselamatan Putrajaya.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, mangsa dari Kuantan menerima panggilan telefon daripada suspek yang menyamar sebagai pegawai keselamatan Putrajaya pada 17 Februari lalu.

Katanya, suspek memaklumkan bahawa mangsa terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah dan senjata api, sebelum panggilan itu disambung kepada pegawai polis yang kemudian mengarahkan mangsa memasukkan semua wang miliknya ke dalam satu akaun bagi tujuan siasatan.

"Suspek juga meminta mangsa untuk memuat turun aplikasi yang dihantar melalui pautan aplikasi Whatsapp sehingga mengalami kerugian berjumlah RM138,101.



"Mangsa mula menyedari ditipu apabila pihak bank memaklumkan terdapat 11 transaksi yang mencurigakan dalam akaun simpanannya. Untuk itu kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/03/1067445/pesara-guru-hilang-lebih-rm130000-angkara-phone-scam
Pages: [1]
View full version: Pesara guru hilang lebih RM130,000 angkara phone scam


ADVERTISEMENT