mattzzx Publish time 6-3-2024 05:15 PM

Man, Nik Subong ceroboh dua kampung di Gua Musang dipindahkan

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/03/WhatsApp-Image-2024-03-06-at-14.56.07.jpeg
Nik Subong (tengah) berjaya dinaikkan ke atas lori selepas dipujuk oleh Sanum dan Kasturi di RPT Kesedar Sungai Terah, Gua Musang hari ini. FOTO AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Kira-kira 400 pekebun di Kampung Subong dan Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Kesedar Sungai Terah di sini menarik nafas lega apabila dua ekor gajah jantan liar yang sering mengganggu kebun mereka berjaya dikeluarkan dari kawasan tersebut hari ini.

Operasi pemindahan kedua-dua gajah liar diberi nama Man Subong dan Nik Subong berusia dalam lingkungan 20 tahun itu bermula sejak semalam oleh 20 anggota dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Pahang, Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Sungai Deka, Terengganu dan Unit Tangkapan Gajah (UTG) Kelantan.

Seorang pemilik kebun, Zahari Daud, 52, berkata, dia bersyukur apabila masalah gangguan gajah liar terhadap kebun penduduk dapat diatasi dengan kadar segera.

Katanya, pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) bertindak pantas dan menangkap gajah liar tersebut selepas menerima aduan penduduk pada penghujung bulan lalu.

“Kami lega apabila gajah liar itu berjaya ditangkap dan dipindahkan. Terima kasih kepada Perhilitan atas usaha menangkap dan memindahkan dua ekor gajah dewasa liar ini.

“Ini merupajan operasi kali ketujuh pemindahan gajah di kawasan tersebut dilakukan. Kami berharap masalah ini dapat diselesaikan untuk jangka masa panjang kerana dipercayai banyak lagi gajah liar di kawasan ini,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Perhilitan Kelantan, Mohamad Hafid Rohani berkata, operasi pemindahan gajah terbabit dilakukan di dua lokasi berbeza iaitu di Kampung Subong dan RPT Kesedar Sungai Terah.

Katanya, kedua-dua ekor gajah liar jantan itu yang berjaya ditangkap dalam tempoh dua hari beturut-turut pada 2 dan 3 Mac lalu dianggarkan berusia 20 tahun. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03/06/man-nik-subong-ceroboh-dua-kampung-di-gua-musang-dipindahkan/
Pages: [1]
View full version: Man, Nik Subong ceroboh dua kampung di Gua Musang dipindahkan


ADVERTISEMENT