rcrdryan Publish time 6-3-2024 10:45 AM

Roti Jala

Edited by rcrdryan at 6-3-2024 10:46 AM

BAHAN-BAHAN :

[*]1 biji Telur
[*]400 ml Air
[*]400 gr cawan Tepung Gandum
[*]1 sudu kecil Garam
[*]1 sudu makan Gula Pasir
[*]1 sudu kecil Serbuk Kunyit
[*]Minyak Masak

BAHAN OPSYENAL:
[*]250 ml Santan
[*]200 ml Susu

CARA BUAT ROTI JALA:

[*]Masukkan Telur, Tepung Gandum, Air, Garam dan Gula ke dalam blender
[*]
Masukkan Santan
Masukkan Susu
[*]Masukan Serbuk Kunyit
[*]Blender sekejap
[*]Jika ada Tepung yang melekat pada dinding Blender, buka penutup blender dan bersihkan dengan spatula supaya adunan sebati
[*]Blender lagi sampai sebati
[*]Saring adonan dengan tapis supaya tak ada ketulan tepung
[*]Masukkan adonan ke dalam botol sos 3 lubang dan tutup rapat
[*]Panaskan Frypan
[*]Sapu sedikit minyak di atas frypan
[*]Tuangkan adunan dengan gerakan bulat atau zig zag untuk membentuk jala sehingga merata ke seluruh Frypan
[*]Tunggu bahagian atas kering, boleh langsung diangkat, tak perlu di balik balikan
[*]Angkat ketika bahagian tepi sudah kering


Untuk resepi lengkap boleh lihat di sini

noorhairiahma Publish time 7-3-2024 11:25 AM

Suka makan, tapi tak suka nak buat.

;P

dilaOHdila Publish time 7-3-2024 11:43 AM

noorhairiahma replied at 7-3-2024 11:25 AM
Suka makan, tapi tak suka nak buat.

roti jala ni mcm kena ada skill:D
kalau teman menjala habis ke laut

noorhairiahma Publish time 7-3-2024 04:27 PM

dilaOHdila replied at 7-3-2024 11:43 AM
roti jala ni mcm kena ada skill
kalau teman menjala habis ke laut

Ya, sebab tu lah tak suka nak buat. Asik tak jadi je jalanya. Pernah je buat. Entah jadi jala apa pun tak tahu. Jala koyak rabak. Sudahnya buat jelah lempeng. Pun sedap je.

dilaOHdila Publish time 7-3-2024 05:12 PM

noorhairiahma replied at 7-3-2024 04:27 PM
Ya, sebab tu lah tak suka nak buat. Asik tak jadi je jalanya. Pernah je buat. Entah jadi jala apa...

tangan ku mmg tak berseni;P
menjala ikan mengena
menjala roti alahai malu....herot herot komer (ahak)

noorhairiahma Publish time 7-3-2024 05:24 PM

dilaOHdila replied at 7-3-2024 05:12 PM
tangan ku mmg tak berseni
menjala ikan mengena
menjala roti alahai malu....herot herot komer (ah ...

Belilah je lah. Tak pun order je dekat sesiapa yang pandai buat.

;P

dilaOHdila Publish time 12-3-2024 11:06 AM

noorhairiahma replied at 7-3-2024 05:24 PM
Belilah je lah. Tak pun order je dekat sesiapa yang pandai buat.

Pernah tak rasa roti jala yang kalor2 tu?
kdg ada bentuk bunga macam2 pesyen ada
dah pnh makan tapi rasanya sedap yg Ori.
Tak tau lah rasa kita ni kan berbeza:D

vanilacup Publish time 13-3-2024 08:44 AM

Dlm basickeli FB dia pernah share buat roti jala yg colour2 tu.
Presentation Eli tu 1st class tang mendeko roti jala tu..

dilaOHdila Publish time 13-3-2024 01:09 PM

vanilacup replied at 13-3-2024 08:44 AM
Dlm basickeli FB dia pernah share buat roti jala yg colour2 tu.
Presentation Eli tu 1st class tang m ...

Eli punya hasil tangan lately ni mmg debomp{:1_132:} disamping suara dia yg lemak lemak manis tu

vanilacup Publish time 14-3-2024 09:29 AM

dilaOHdila replied at 13-3-2024 01:09 PM
Eli punya hasil tangan lately ni mmg debomp disamping suara dia yg lemak lemak manis tu

Kan resipi dia ada balance sana dan sini. Utk gluten free pun ada beberapa resipi dah dia share dan kalau org tu ada inisiatif yg kuat dan minat berniaga boleh guna resepi Eli tu utk buat jualan kek dan pastri
Pages: [1]
View full version: Roti Jala


ADVERTISEMENT