mattzzx Publish time 6-3-2024 08:29 AM

TNB, THT selesa menjelang separuh akhir kedua

https://assets.bharian.com.my/images/articles/hokie6324a_1709680849.jpg
Pemain TNB, Firhan Ashaari (jersi merah) cuba mengawal bola daripada pemain UITM HA-KPT pada separuh akhir pertama Piala TNB di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil semalam. – Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Juara Liga Hoki Malaysia (MHL) 2024, Tenaga Nasional Berhad (TNB) melangkah ke separuh akhir kedua Piala TNB 2024 dengan selesa selepas membenam UiTM HA-KPT 3-1 pada separuh akhir pertama malam tadi.

Pada perlawanan di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, TNB terlebih dahulu memecah kebuntuan gol seawal suku pertama menerusi dua jaringan padang Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal masing-masing pada minit ke-10 dan ke-13.

Tersentak dengan jaringan itu, cubaan demi cubaan dilakukan UiTM untuk menyamakan kedudukan namun setiap asakan berjaya dipatahkan TNB.

UiTM bagaimanapun berjaya mengejar kedudukan selepas Zul Pidaus Mizun menyempurnakan pukulan penalti pada minit ke-49.



Berbaki tujuh minit suku terakhir perlawanan ditamatkan TNB terus selesa di depan dengan satu lagi jaringan pada minit ke-53 menerusi peledak berbisa dari Korea Selatan, Jang Jong Hyun.

https://assets.bharian.com.my/images/articles/hokie6324b_1709680854.jpg
Pemain THT meraikan jaringan ketika menentang Maybank pada separuh akhir pertama Piala TNB di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil semalam. – Foto BERNAMA

Sementara dalam satu lagi aksi separuh akhir pertama, Terengganu Hockey Team (THT) turut semakin hampir mengulangi kejayaan ke final seperti tahun lalu apabila menewaskan Maybank 3-0.

Tiga jaringan THT diperoleh melalui pukulan penalti kapten Mohd Fitri Saari pada minit ke-19 dan jaringan padang masing-masing menerusi Muhammad Noor Firdaus Rosdi dan Mohamad Akhimullah Anuar Esook pada minit ke-47 dan ke-48.

Dalam pada itu, saingan separuh akhir pertama Piala Vivian May Soars menyaksikan Malaysian University hanya sebelah kaki untuk ke pentas akhir selepas membenam Negeri Sembilan 4-1.

Liaoning Women's Hockey Team pula menang selesa 3-0 ke atas PDRM Blue Warriors.

Aksi separuh akhir kedua membabitkan semua pasukan akan berlangsung esok. – BERNAMA
https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2024/03/1220073/tnb-tht-selesa-menjelang-separuh-akhir-kedua
Pages: [1]
View full version: TNB, THT selesa menjelang separuh akhir kedua


ADVERTISEMENT