mattzzx Publish time 6-3-2024 08:27 AM

Kane wira Bayern ke suku akhir

https://assets.bharian.com.my/images/articles/bayen6324a_1709682792.jpg
Penyerang Bayern Munich, Harry Kane (kanan) meledak masuk gol ketiga melepasi penjaga gol Lazio, Ivan Provedel pada aksi kedua pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara di Munich awal pagi tadi. – Foto AFP

MUNICH: Harry Kane menyumbat gol pada setiap babak ketika Bayern Munich menundukkan Lazio 3-0 awal pagi tadi untuk layak ke suku akhir Liga Juara-Juara 3-1 secara agregat.

Kane menanduk masuk bagi menyamakan kedudukan secara agregat buat Bayern pada minit ke-38, memadamkan kelebihan Lazio pada aksi pertama dengan gol pertamanya pada peringkat kalah mati Liga Juara-Juara dalam tempoh lima tahun.

Thomas Mueller menggandakan kelebihan tuan rumah dengan tandukan bijak sebelum rehat dan Kane melengkapkan jaringan pada minit ke-66, menampan masuk bola muntah susulan percubaan Leroy Sane bagi memastikan Bayern mara ke pusingan berikutnya.

Bayern menghidupkan peluang tipis mereka untuk merangkul kejuaraan musim ini dan mungkin memberikan peluang kepada jurulatih yang akan meninggalkan kelab Thomas Tuchel untuk kekal hingga suku akhir bulan depan.



"Ia trofi paling sukar untuk dimenangi di Eropah, mungkin juga di dunia," kata Tuchel, yang memenangi Liga Juara-Juara bersama Chelsea pada 2021.


https://assets.bharian.com.my/images/articles/bayen6324b_1709682795.jpg
Pemain Bayern Munich meraikan kejayaan mara ke suku akhir Liga Juara-Juara selepas menyingkirkan Lazio pada pusingan 16 terakhir 3-1 secara agregat di Munich awal pagi tadi. – Foto AFP

"Tetapi ia tidak mudah atau lebih sukar jika anda mempunyai kontrak jangka panjang atau jika anda meninggalkan kelab pada hujung musim."

Mueller, pemenang dua trofi Liga Juara-Juara berkata: "Kami mahu memastikan setiap orang berseronok dengan perasaan ini, tidak kisahlah apa yang ditulis dalam surat khabar semalam atau esok.

"Kami amat gembira kerana kami sedar pentingnya untuk mara lebih jauh hari ini."

Kekalahan itu menafikan peluang Lazio bagi penampilan pertama di suku akhir Liga Juara-Juara sejak 1999-2000.

Juara Eropah enam kali, Bayern tampil pada perlawanan awal pagi tadi diancam tersingkir pada pusingan 16 terakhir buat kali kedua dalam tempoh 13 musim terakhir.

Tiga kekalahan berturut-turut termasuk kalah 1-0 pada aksi pertama di Rome menyaksikan keputusan terburuk Bayern sejak 2015, menyebabkan Tuchel kehilangan tugasnya kurang setahun selepas tiba di Munich. – AFP
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2024/03/1220087/kane-wira-bayern-ke-suku-akhir
Pages: [1]
View full version: Kane wira Bayern ke suku akhir


ADVERTISEMENT