Sambal Goreng Cili Api
Edited by Vellfire at 5-3-2024 09:51 PMhttps://media.myresipi.com/2024/03/resepi-sambal-goreng-cili-api-5-400x533.jpeg
https://media.myresipi.com/2024/03/resepi-sambal-goreng-cili-api.jpg
RESEPI SAMBAL GORENG CILI API
Bahan-bahan yang diperlukan:
[*]2 biji bawang merah sederhana besar
[*]3 ulas bawang putih
[*]Segenggam cili api
[*]Segenggam ikan bilis
[*]Garam
[*]Gula
[*]Perasa
[*]Asam keping secukupnya
Cara memasak:1. Kisar bawang besar, bawang putih, cili api dan ikan bilis. Kisar kasar sahaja, jangan sampai lumat.2. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. 3. Kemudian, masukkan bahan yang telah dikisar tadi dan goreng sehingga garing.4. Semasa sedang menggoreng, masukkan garam, perasa dan air asam/asam keping.5. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!
https://media.myresipi.com/2024/03/resepi-sambal-goreng-cili-api.jpg Sambal ni makan dengan nasi, tak payah ada lauk lain, memang boleh buat tambah berkali2. Lagi2 kalau ada telur mata cair, lagi bertambah berkali2lah nampaknya. noorhairiahma replied at 7-3-2024 11:24 AM
Sambal ni makan dengan nasi, tak payah ada lauk lain, memang boleh buat tambah berkali2. Lagi2 kalau ...
ni boleh dijadikan Menu sahur, mmg best{:1_141:}
Menu mcm ni cukup makan ngan telor mata goyang... fuh! Nasi panas2 berasap tu, letak kicap sikit... ada pulak ulam yek.. hahahah sedapnyaaaaa laahaiiii Yes!! yg ini mmg sedap... terbukti! hahaha Makan ngan nasi impit/lemang puuuunnn onzzz tau!
Selamat hari raya semuaaaaaaaaa!!! Ampun maaf dipinta walaupun kenal online kat sini aje.. moga ukhuwah terus bersambung hingga ke syurga... Aaaminnn
Pages:
[1]