Vellfire Publish time 5-3-2024 10:09 PM

Sancho ‘terlalu mahal’ untuk kekal di Dortmund

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240305/sancho.jpg

Sancho ketika beraksi bersama Dortmund. — Gambar AFP
BERLIN: Jadon Sancho tidak dijangka akan kekal di Borussia Dortmund selepas akhir musim ini kerana ‘ia memerlukan begitu banyak wang’ untuk mengekalkan pemain pinjaman kelab Manchester United di kelab, kata pengarah teknikal Dortmund, Sebastian Kehl.
Sancho kembali ke Dortmund untuk kontrak pinjaman pada bulan Januari selepas bergelut di Old Trafford berikutan dengan perpindahan lumayan ke United pada 2021.
Dia kemudian diasingkan dari skuad utama selepas perbalahan terbuka dengan pengurus kelab, Erik ten Hag.
“Pada akhirnya, ia akan memerlukan wang, banyak wang. Sememangnya lebih dari apa yang kami ada ketika ini,” kata Kehl.
“Kami memperolehi 80 juta euro untuk (penjualan) Jadon. Manchester United pastinya berminat untuk sama ada mendapatkannya semula pada musim panas ini atau menjualnya dalam satu perjanjian yang masuk akal bagi mereka. Sama ada ia juga masuk akal bagi kami mungkin isu kedua.”
Sancho kerap diturunkan dalam kesebelasan utama di bawah kendalian Edin Terzic sejak kembali ke Dortmund tetapi pemain antarabangsa England berusia 23 tahun itu masih jauh dari prestasi cemerlang di mana dia menjaringkan 50 gol dan 64 umpanan gol dari 137 perlawanan sepanjang empat tahun di Dortmund.
Kehl juga berkata mengekalkan pemain pinjaman dari kelab Chelsea, Ian Maatsen juga satu cabaran dan kelab perlu layak ke Liga Juara-Juara.
Maatsen menyertai Dortmund untuk kontrak pinjaman sehingga akhir musim pada bulan Januari lepas.
“Chelsea sama ada mempunyai masalah ekonomi atau masalah mencari tempat untuknya di kelab,” kata Kehl.
“Kami sudah tentu akan melakukan satu usaha tetapi kami juga harus tunggu dan lihat perkembangan terakhir. Bagi kami, kelayakan ke Liga Juara-Juara adalah sangatpenting.”— AFP

https://www.utusanborneo.com.my/sukan
Pages: [1]
View full version: Sancho ‘terlalu mahal’ untuk kekal di Dortmund


ADVERTISEMENT