sfhzuraz Publish time 5-3-2024 07:25 PM

Jururawat antara 2 individu maut dalam kemalangan

Jururawat antara 2 individu maut dalam kemalangan


Asrol Awang
am@hmetro.com.my


https://assets.hmetro.com.my/images/articles/nurse_1709637188.jpg
DUA maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Kampung Salong-Chini, Pekan. FOTO ihsan PDRM



Kuantan: Dua individu, termasuk seorang jururawat maut selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Kampung Salong-Chini, Pekan, hari ini.
Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin,, berkata mangsa yang maut ialah jururawat, Noridah Abd Jalal, 49 dan Azmi Nujain, 42.
Katanya, berdasarkan laporan, kemalangan itu membabitkan dua kenderaan, masing-masing satu Perodua Axia dan Proton Saga itu berlaku kira-kira jam 8.30 pagi.
"Siasatan awal mendapati, Axia yang dipandu Noridah dari arah Salong menghala ke Chini manakala Saga yang dipandu Azmi dari arah Chini menghala ke Salong.
"Apabila tiba di tempat kejadian, kereta yang dipandu Noridah dipercayai hilang kawalan lalu melanggar kereta yang dipandu Azmi di lorong bertentangan.
"Akibat kemalangan itu, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Pekan untuk bedah siasat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) APJ 1987.


Disiarkan pada: Mac 5, 2024 @ 7:13pm


Jururawat antara 2 individu maut dalam kemalangan (hmetro.com.my)




Pages: [1]
View full version: Jururawat antara 2 individu maut dalam kemalangan


ADVERTISEMENT