mattzzx Publish time 5-3-2024 06:38 PM

Hidalgo kembali ke Sri Pahang

https://assets.bharian.com.my/images/articles/120522pah_1709634029.jpg
Manuel Hidalgo (kanan) ketika beraksi bersama Sri Pahang. - NSTP/FARIZUL HAFIZ AWANG

KUANTAN: Kelab Bolasepak Sri Pahang (SPFC) menjunjung kasih kepada Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di atas perkenan meminjamkan Manuel Hidalgo kepada Sri Pahang FC bagi musim 2024/2025.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SPFC, Datuk Mohammed Suffian Awang, berkata dengan kemasukan pemain import kelahiran Argentina itu diyakini memperkasakan skuad Tok Gajah.

"Bagi pihak kelab, SPFC menjunjung kasih kepada Tuanku yang juga pemilik JDT memperkenankan Hidalgo dipinjamkan semusim bersama Sri Pahang.

"Kehadiran Hidalgo yang sebelum ini pernah menyarung jersi Sri Pahang diharap membantu memperkasakan skuad ini terutama membantu jentera serangan.


"Justeru, SPFC mengharapkan Hidalgo bersama pemain Sri Pahang dapat membentuk persefahaman yang mantap untuk meletakkan skuad ini beroleh kejayaan," katanya.

Pada 28 Februari lalu, Kelab Bolasepak JDT mengumumkan Hidalgo menandatangani kontrak bersama Harimau Selatan.

Bagaimanapun, pemain berusia 25 tahun itu akan dipinjamkan kepada Sri Pahang untuk mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) bagi musim 2024/2025 yang bakal membuka tirai pada Mei depan.

Berdasarkan rekod, Hidalgo pernah menyarung jersi skuad Tok Gajah pada 2021 dan 2022 sebelum berhijrah ke Kedah Darul Aman (KDA) FC musim lalu.

Pada masa sama, musim baharu ini Sri Pahang dilihat begitu serius membentuk skuad yang lebih padu apabila menampilkan tujuh pemain baharu dan berpengalaman.

Tujuh pemain itu ialah seorang import iaitu Mykola Ahapov dari Ukraine manakala enam pemain tempatan berpengalaman ialah Adam Nor Azlin, Sean Selvaraj, Asnan Ahmad, Hasnul Zaim dan penjaga gol, Azfar Arif dan T Saravanan.
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2024/03/1219979/hidalgo-kembali-ke-sri-pahang
Pages: [1]
View full version: Hidalgo kembali ke Sri Pahang


ADVERTISEMENT