mattzzx Publish time 5-3-2024 05:18 PM

Liga Malaysia: Syafiq Ahmad, Rizal Ghazali kembali wakili Kedah

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/03/Syafiq.jpg
Syafiq Ahmad bersetuju untuk sarung jersi Sang Kenari musim ini secara pinjaman daripada kelab JDT. - Foto ihsan Facebook KDA FC

PETALING JAYA – Skuad Kedah Darul Aman (KDA FC) dilihat serius untuk memantapkan pasukan musim ini selepas mengesahkan kehadiran dua pemain bertaraf kebangsaan, Syafiq Ahmad dan Rizal Ghazali sebentar tadi.

Skuad Sang Kenari dalam satu kenyataan mengesahkan Syafiq berjaya ditandatangani secara pinjaman selepas mendapat persetujuan daripada pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

“KDA FC bangga mengumumkan kepulangan Syafiq Ahmad ke pangkuan pasukan Sang Kenari di musim 2024-2025 dengan status selaku pemain pinjaman dari JDT.

“Pihak pengurusan menjunjung kasih dengan perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail memberi persetujuan untuk pemain kelab tersebut mewakili KDA FC.

“Syafiq akan memperkuatkan jentera serangan pasukan Sang Kenari musim ini,” kata kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi.

Syafiq pernah menyarung jersi Hijau Kuning di awal kariernya dan berjaya menjaringkan 34 gol dalam 81 penampilan.

Sementara itu, Rizal turut pulang ke skuad kendalian Nafuzi Zain selepeas berkelana ke pasukan Sabah FC pada tahun lalu.

“Selepas berkelana beberapa tahun, Rizal kembali ke bumi jelapang padi menabur bakti,” kata kenyataan KDA FC lagi.

Pasukan Sang Kenari sedang dalam fasa akhir untuk berbincang dengan barisan sebelum memasuki persiapan pramusim dengan sesi latihan dijangka bermula pada minggu depan.

Pengurusan Kedah telah berjaya melanjutkan kontrak 14 pemain tempatan seperti Ifwat Akmal Chek Kassim, Fadzrul Danel Nizam, Amirul Hisyam Awang Kechik, Ariff Farhan Md. Isa, Mohd. Akmal Zahir, Abdul Halim Saari dan Loqman Hakim Marzuki.

Selain itu, Mohammad Fikri Che Soh, Kalamullah Al-Hafiz, Fayadh Zulkifli , Wan Amirul Afiq, Heshamudin Ahmad, Aiman Afif Md. Afizul dan Muhamad Kamil Akmal bin Abd Halim turut memilih untuk kekal bersama skuad Hijau Kuning. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03/05/liga-malaysia-syafiq-ahmad-rizal-ghazali-kembali-wakili-kedah/
Pages: [1]
View full version: Liga Malaysia: Syafiq Ahmad, Rizal Ghazali kembali wakili Kedah


ADVERTISEMENT