mattzzx Publish time 5-3-2024 01:02 PM

Madrid tak boleh leka ancaman Leipzig

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/jud_1709611950.jpg
BELLINGHAM sandaran robek gawang Leipzig.

London: Real Madrid memiliki kelebihan tipis apabila melayan kunjungan RB Leipzig dalam aksi peringkat kedua 16 terakhir Liga Juara-Juara awal pagi Khamis ini.

Kedua-dua pasukan dipisahkan menerusi jaringan menarik Brahim Diaz di Leipzig tiga minggu lalu. Tuan rumah melepaskan banyak peluang untuk menjaringkan gol walaupun Madrid turut mampu pulang dengan bekalan lebih selesa.

Skuad Carlo Ancelotti tidak berada pada tahap terbaik sejak kunjungan ke Saxony dan mereka hanya mampu seri di Valencia dalam aksi La Liga Sabtu lalu.

Namun jaringan Jude Bellingham yang dibatalkan tidak mengancam kedudukan dalam carta liga susulan Girona dan Barcelona turut keciciran mata pada Ahad lalu.


Leipzig pula dalam misi layak sekali lagi ke kejohanan kelab berprestij Eropah musim depan dan mereka membelasah Bochum 4-1 kelmarin dan skuad Marco Rose bersaing dengan Borussia Dortmund untuk merebut tempat keempat Bundesliga.

Madrid mendapat khabar gembira apabila Thibaut Courtois dan Eder Militao yang berehat panjang akibat kecederaan dijangka kembali beraksi bulan depan. Namun David Alaba tidak akan kembali sehingga musim panas.

Manakala kad merah Bellingham yang diterima ketika aksi La Liga kelmarin tidak menjejaskan tempatnya ketika menentang Leipzig dan sekali lagi menjadi sandaran untuk Madrid mengesahkan kemenangan sekali gus mara ke suku akhir.
https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2024/03/1066960/madrid-tak-boleh-leka-ancaman-leipzig
Pages: [1]
View full version: Madrid tak boleh leka ancaman Leipzig


ADVERTISEMENT