mattzzx Publish time 5-3-2024 12:48 PM

14,092 keluarga miskin tegar di Kelantan

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/Izani_Husin23_1709609690.jpg
Izani Husin

Kota Bharu: Bilangan miskin tegar di Kelantan meningkat kepada 14,092 keluarga, manakala kategori miskin pula membabitkan 63,060 keluarga.

Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Kelantan, Datuk Dr Izani Husin, berkata jumlah itu meningkat kepada 4.1 peratus berbanding sebelum ini.

Katanya, data itu dikeluarkan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) JPM Kelantan menerusi mesyuarat terbaharu yang diadakan pada 22 Januari lalu memaklumkan jumlah ketua isi rumah (KIR) miskin dan miskin tegar di Kelantan.

"Pendapatan keluarga bagi miskin tegar adalah RM1,199 dan bagi miskin pula adalah RM2,199," katanya.



Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan dikemukakan Shaari Mat Yaman (PAS-Bunut Payong) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Mengulas lanjut katanya, bagi mengurangkan bilangan miskin tegar di Kelantan, pihaknya mengambil langkah seperti berikut seperti mengaktifkan mesyuarat Fokus Group Kesejahteraan Rakyat (FGN) di peringkat negeri dan Fokus Group Kesejahteraan Rakyat (FGD) di peringkat jajahan.

"Kerajaan memfokuskan kepada empat langkah sebagaimana pelan strategik berkenaan iaitu memantapkan data (Lock Figure Miskin Tegar Tahun 2024) dengan mempergiatkan proses Pemutihan Data Miskin Tegar oleh PPN ICU JPM termasuk membuat semakan awal oleh Pejabat Tanah dan Jajahan serta membuat pengesahan status kemiskinan tegar semasa.

"Selain itu melaksanakan data cleaning secara menyeluruh dengan semua Agensi Pemberi Bantuan seperti MAIK, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Agensi Perbendaharaan Negeri dan Badan Sosial yang menyediakan pencen ilat, pesara kerajaan dan swasta.

"Menyelaraskan program kesejahteraan rakyat dengan bantuan yang mampan bagi memastikan isi rumah miskin tegar melepasi PGK miskin tegar," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/03/1066944/14092-keluarga-miskin-tegar-di-kelantan
Pages: [1]
View full version: 14,092 keluarga miskin tegar di Kelantan


ADVERTISEMENT