mattzzx Publish time 5-3-2024 11:28 AM

Amorim calon utama ganti Klopp

https://assets.bharian.com.my/images/articles/morim5324_1709609169.jpg
Ruben Amorim muncul antara calon utama untuk menggantikan Jurgen Klopp sebagai pengurus Liverpool. – Foto REUTERS

LONDON: Liverpool sudah menghantar pemantau ke beberapa perlawanan terbaru Sporting termasuk aksi piala menentang musuh Lisbon, Benfica Khamis lalu, menurut sumber di Portugal dengan bos Ruben Amorim berada dalam senarai teratas untuk menggantikan Jurgen Klopp.

Liverpool Confidential melaporkan pada 29 Januari lalu bagaimana Amorim menyertai jurulatih termasuk Xabi Alonso dalam senarai calon untuk mengambil alih sebagai pengurus pada musim panas akan datang dengan pengendali berusia 39 tahun itu mengukuhkan peluangnya sejak itu.

Alonso, dengan Bayer Leverkusen meneruskan rekod tanpa kalah Ahad lalu untuk mendahului 10 mata di puncak Bundesliga, kekal calon utama untuk mengisi kekosongan itu tetapi difahamkan Amorim turut dinilai amat tinggi.

Pakar taktikal itu mengemudi bekas kelabnya Braga untuk menjuarai Taca de Liga pada 2019 sebelum berpindah ke Sporting, yang mana beliau membimbing kelab ibu negara itu meraih kejuaraan liga ke-19 tetapi yang pertama dalam dua dekad pada 2020-21.

Mereka kini satu mata di depan Benfica musim ini dengan beraksi kurang satu perlawanan.

Liverpool melakukan proses pencarian menggunakan data sebaik sahaja Klopp memberitahu pemilik Fenway Sports Group mengenai hasratnya meninggalkan kelab itu pada November lalu.

Ketua penyelidikan Will Spearman penting dalam proses itu dan difahamkan Amorim mendapat markah yang tinggi.

The Reds mahukan pengurus sedang meningkat dengan kedua-dua Alonso dan Amorim memenuhi keperluan itu.

Amorim muncul alternatif terbaik buat Alonso jika Liverpool gagal memujuk warga Sepanyol itu kembali ke Anfield.

Bayern Munich sudah meletakkan Alonso di tangga teratas senarai mereka bagi menggantikan Thomas Tuchel, ketika bekas pemain tengah itu mungkin juga kekal di kelab pendahulu Bundesliga. – AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2024/03/1219752/amorim-calon-utama-ganti-klopp
Pages: [1]
View full version: Amorim calon utama ganti Klopp


ADVERTISEMENT